Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PKR Sahkan Nicky Liow Bukan Ahli Parti - Fuziah

NICKY
Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee

PKR Sahkan Nicky Liow Bukan Ahli Parti - Fuziah

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan yang mengaitkan ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, sebagai anggota parti itu selepas semakan mendapati namanya tidak pernah didaftarkan sebagai ahli.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, semakan rasmi telah dilakukan menerusi Sistem Keanggotaan KEADILAN susulan penularan gambar dan dakwaan di media sosial yang mengaitkan Liow dengan parti berkenaan.

Menurut beliau, hasil semakan mendapati Liow bukan sahaja tiada dalam rekod keanggotaan PKR, malah tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan untuk menyertai parti itu.

"Semakan juga mendapati beliau tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan untuk menjadi anggota parti," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, tular di media sosial sekeping gambar memaparkan Liow memakai baju Angkatan Muda Keadilan (AMK) sehingga mencetuskan spekulasi bahawa beliau merupakan ahli PKR.

Sebelum ini, Liow didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan berkaitan penglibatan dalam sindiket jenayah terancang yang dikenali sebagai 'Geng Nicky', selain kes melibatkan aktiviti pengubahan wang haram.

Intipati
  • PKR mengesahkan Nicky Liow Soon Hee bukan ahli parti selepas semakan rasmi dibuat.
  • Fuziah Salleh berkata nama Liow tiada dalam Sistem Keanggotaan KEADILAN parti itu.
  • Semakan juga mendapati Liow tidak pernah mengemukakan permohonan menyertai PKR.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan