Siakap Keli

(Video) Guna Tisu Atau Tuala Basah, Cara Paling Berkesan Nak Buang Kutu Beras

Bubuk atau kutu beras memang menjadi musuh di dapur untuk para ibu terutamanya. Berada di dalam bekas beras, serangga kecil ini boleh membiak dengan pantas dalam jumlah yang banyak.

Selain menyusahkan untuk dibuang ketika membasuh beras, beras yang diserang bubuk selalunya lembik dan mudah basi apabila dimasak. Nak dibuang terasa rugi, jadi terdapat petua atau tips mudah yang anda boleh gunakan untuk mengatasi masalah ini.

Perkongsian oleh akaun TikTok sirdeqwan untuk menghalau kutu beras ini hanya menggunakan tisu basah yang diletakkan di atas beras sahaja. Kutu beras akan berkumpul di atas tisu dan anda boleh membuangnya tanpa merosakkan beras.

@sirdeqwan

tak kan nak buang beras pulak kan ? rugi woooo. jom cuba tips ni #tips #malaysia #masak #fypシ #makantime

♬ Ballerina – Raffaella

Rata-rata warganet turut memberikan beberapa tips lain bagi menghalau kutu beras iaitu dengan meletakkan cili kering, bawang putih, daun limau di dalam beras atau cukup menjemur beras di bawah terik matahari sahaja. Selamat mencuba!

Sumber: TikTok sirdeqwan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.