Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cara Nak Tahu Kos Servis Perodua Dari Smartphone

cara os servis perodua

Cara Nak Tahu Kos Servis Perodua Dari Smartphone

Jenama Perodua saban tahun menjadi jenama paling popular di Malaysia dan kereta Perodua mendominasi jalan raya di Malaysia.

Selain harganya yang berbaloi, Perodua juga terkenal dengan nilai jual semula yang baik dan kos servis yang murah.

Sebut tentang kos servis, Perodua memang antara jenama yang paling murah di Malaysia dan alat ganti pun mudah didapati di pasaran.

Ini adalah satu kelebihan Perodua kerana kebanyakkan modelnya adalah dijenamakan semula dari jenama Daihatsu dan Toyota.

Cara Nak Tahu Kos Servis Perodua

Hari ini SK nak ajar macam mana nak tahu kos servis semua model Perodua mengikut perbatuan setiap 10,000km.

Pertama sekali, buka pautan ini dan anda akan dibawa ke laman rasmi Perodua

Kemudian, scroll ke bahagian bawah dan sampai jumpa bahagian ini. Pilih model kereta anda di bahagian Select Variant.

Seterusnya, pilih servis perbatuan yang anda perlu dari 10,000km sehingga 100,000km.

Selepas masukkan perbatuan, Perodua akan memaparkan kos servis termasuk SST di Semenanjung dan Sabah/Sarawak.

Jadi, ia memudahkan pengguna Perodua untuk mengetahui kos servis sebelum menghantar kereta anda ke Pusat Servis.

Segala butiran dinyatakan dengan lengkap dan tiada kos tersembunyi. Semoga bermanfaat.