Siakap Keli
Foto: Ain Shafiqah Mohd said

“Harimau Kurus?,” Doktor Veterinar Ini Tak Setuju Dakwaan Zoo Negara Tak Terurus & Haiwan Kurus

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perkara yang menjadi kegembiraan dan keseronokan semasa melawat zoo kerana melihat telatah yang lucu dan spontan oleh haiwan-haiwan di dalam zoo tersebut. Ya, gelagat haiwan di dalam zoo menarik perhatian ramai bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga.

Namun, pada awal tahun lalu timbul isu mengenai Zoo Negara di maan tular gambar haiwan yang kurus. Perkara tersebut telah dijawab oleh pihak Zoo negara sendiri. Dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang dikatakan ingin menjatuh reputasi pihak lain.

Bagaimanapun, menerusi laman Facebook seorang Pegawai Perubatan Veterinar, Dr Ain Shafiqah telah berkongsi gambar-gambar terkini haiwan yang berada di dalam zoo Negara. Tidak dinafikan, haiwan-haiwan tersebut gembira dan ‘enjoy’ mempamerkan gelagat mereka kepada orang ramai.

“Ala tak best nya tengok orang menghentam Zoo Negara. Siap kata zoo negara neglect haiwan-haiwan walaupun dah dapat derma, sampai haiwan mati terbongkang.”

Sejujurnya semua gambar si tukang cerita post purposely ambik gambar yang teruk-teruk, mungkin telah set dalam kepala untuk cari kesalahan, sampaikan gambar yang sebenarnya okay pun diset dalam otak orang yang membaca sebagai sangat teruk.

Harimau kurus? Hakikatnya masa kami ke sana haiwan-haiwannya sihat belaka.

“2 ekoq ni punyo la sodap BCS dio. Pastu sangat playful. Didn’t show any stress behaviour”

“Hat yang ni pun BCS dio umang ai..”

“A stressed animal won’t going to roll around like this. We can see here that the animal is quite relax. Mungkin yang tino je la menyampah dengan hok jate sebab asyik bergolek2 malas je”

Harimau dan singa paling obvious sedap body conditionnya dan sangat playful. Cuma part maintenance di aquarium je la kena up sikit.

Dan capybara gomok

Dan budak ni pun sangat relax sampai tutt..

These 2 orang utan pun elok je berborak atas pelantar ni. And look at the nice coat. A neglected animal won’t going to have such a nice fur

Zirafah pun elok BCS dia…

Hippo pun gomok…

But overall tak menampakkan pengabaian seperti yang digembar-gemburkan netizen. Just.. this is what happened bila orang masuk tempat orang pastu pergi cari kesalahan dan keburukan je. Pastu orang yang baca tapi tak pergi tengok mengiyakan aje pastu sama-sama menghentam.

**BCS tu body condition score

 

Sumber: Ain Shafiqah Mohd Said

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang