Siakap Keli

Earbuds Pertama Sokong ANC TWS Dengan Harga Murah, Mula Dijual 3 April Ini

Bila bercakap tentang telefon pintar, pasti ramai yang turut mencari earbuds namun pening memikirkan earbuds mana yang sesuai dengan korang.

Ada dikalangan korang yang mementingkan tentang reka bentuk earbuds tersebut, ada yang mementingkan tentang kegunaannya dan ada juga yang mementingkan fungsi yang boleh diperoleh apabila menggunakan sesuatu earbuds itu.

Bercakap tentang earbuds, korang pasti nak tahu kan apa kelebihan-kelebihan yang boleh didapati kalau gunakan aksesori tersebut, Terdapat tiga kelebihan menggunakan earbuds iaitu:

Kelebihan Active Noise Cancellation (ANC)

  • Mesti korang tertanya-tanya apa itu ANC kan? Sistem pembatalan hingar aktif atau Active Noise Cancellation (ANC) adalah kaedah yang menggunakan sistem pembatalan bunyi untuk mengurangkan background noise yang tidak diingini. Sistem ini didasarkan pada mikrofon yang ‘mendengar’ bunyi di luar dan di dalam fon telinga. ANC ini mampu membalikkan gelombang bunyi dan speaker di dalam earbuds serta membatalkan bunyi luar dengan meneutralkan gelombang bunyi. Dengan adanya kaedah ini, korang pasti akan puas hati kerana dapat menikmati muzik tanpa ada sebarang gangguan.

Harga yang berpatutan

  • Walaupun terdapat persaingan dengan headphones, earbuds juga menjadi pilihan ramai kerana harganya yang berpatutan. Jika korang lihat, banyak earbuds yang kini mampu dibeli kerana harga yang ditawarkan adalah mampu milik.

Bateri tahan lebih lama

  • Boleh dikatakan apabila menggunakan earbuds, ianya mampu memberikan kelebihan bateri yang tahan lama kepada kita apabila ingin menggunakannya. Bukan sahaja bateri tahan lama, earbuds juga mudah untuk digunakan dan boleh dibawa kemana-mana sahaja yang kita pergi.

Berita baik untuk korang, lepas ni tak payah nak pening-pening kepala lagi. Sebabnya, realme bakal membuat kemunculan model baharu earbuds mereka iaitu realme Buds Air 2. Nak tahu sebab apa? Berikut adalah sebab kenapa realme Buds Air 2 akan menjadi pilihan korang.

Sistem Pembatalan Hingar Aktif (ANC) sehingga 25dB

Kalau korang nak tahu, realme Buds Air 2 merupakan earbuds pertama yang menyokong Active Noise Cancellation (ANC) TWS dengan julat harga yang sama. Dengan ANC sehingga 25dB, realme Buds Air 2 memantau kebisingan luaran melalui mikrofon feed-forward, yang membolehkan earbuds menghantar reverse anti-noise sound untuk membatalkannya. Ia dapat menyaring bunyi bising yang frekuensi rendah, seperti bunyi bising daripada kapal terbang, kereta api, dan pelbagai alat pengangkutan yang lain. Menariknya, ianya juga mampu menghilangkan bunyi bising perkakas di rumah korang sehinggakan korang dapat menikmati muzik atau bekerja tanpa rasa terganggu.

Aksesori ini juga dilengkapi dengan mod Transparency, yang membolehkan pengguna mendengar pada bunyi ambien dengan hanya satu klik. Oleh kerana reka bentuk in-ear membawa noise cancellation secara fizikal, mod Transparency memudahkan korang untuk bercakap dengan orang lain tanpa melepaskan earbuds korang walaupun sekali.

Selain itu, earbuds ini juga mempunyai Dual Mic yang membentuk sistem pengurangan bunyi bising yang kuat yang disokong oleh algoritma pembatalan kebisingan ENC. Ianya secara signifikan mengurangkan bunyi bising di sekeliling korang semasa membuat panggilan. Ianya juga membolehkan individu yang sedang korang hubungi mendengar dengan lebih jelas.

Pengalaman Audio (realme Audio Studios× The Chainsmokers)

Untuk meningkatkan kualiti dan pengalaman bunyi, Realme Audio Studio dan The Chainsmokers telah memilih diafragma karbon dari pelbagai bahan diafragma yang biasanya hanya dapat dilihat di earbud-earbud flagship. Hasilnya, korang akan memperoleh bunyi berkualiti tinggi hasil penggunaan bahan yang digunakan dalam realme Buds Air 2.

Penggunaan 25 Jam

Bukan itu je, cip R2 realme berkuasa rendah dan kapasiti bateri yang besar mampu memberi jangka hayat bateri sehingga 25 jam kepada realme Buds Air 2. Wow! Lama tu!

Dengan sekali cas, earbuds ini juga mampu bertahan selama 5 jam. Bercakap tentang cas, korang juga tidak perlu risau kerana aksesori ini juga menyokong pengecasan pantas.

Mod Gaming – Latensi Serendah 88ms

Bagi korang yang suka bermain permainan video, realme telah meningkatkan mod Gaming dengan Super Low Latency serendah 88ms iaitu pengurangan sebanyak 35% berbanding generasi sebelumnya. Hasilnya, semasa korang bermain permainan video, prestasi korang tidak akan dipengaruhi oleh bunyi dan gambar yang tidak selaras.

Ciri-ciri Pintar (Smart Features)

Untuk Smart Features yang ada pada realme Buds Air 2, aksesori ini akan disambungkan ke telefon korang secara automatik sebaik sahaja korang membuka charging case. Dengan adanya bantuan daripada Google Fast Pair pula, ia secara tidak langsung dapat membantu korang membuat sambungan terutamanya ketika korang paring buat pertama kalinya.

Selain itu, realme Buds Air 2 juga mempunyai ciri Smart Wear Detection yang dapat mengesan keadaan ketika korang memakai earbuds tersebut. Ia dapat mengesan ketika berada di dalam telinga korang dan akan pause muzik secara automatik apabila earbuds dikeluarkan. Uniknya, apabila korang mengeluarkan salah satu earbud daripada telinga korang, yang lain secara automatik akan beralih ke mod Transparency.

Mengenai kawalan sentuhan pintar pula, berikut adalah panduan ketika menggunakan realme Buds Air 2:

  • Tap dua kali: Main atau hentikan lagu. Ianya juga digunakan untuk jawab panggilan atau hang up.
  • Tap tiga kali: Pergi kepada lagu seterusnya.
  • Tekan selama 2 saat pada salah satu earbud untuk menolak sebarang panggilan.
  • Tekan selama 2 saat pada kedua-dua earbuds: Beralih antara ANC dan mod

Apa yang menarik lagi dengan realme Buds Air 2, kalau korang nak tahu, ianya juga menyokong penarafan Kalis Air IPX5 untuk mengelakkan sebarang percikan air, hujan, dan peluh apabila korang gunakan untuk sebarang aktiviti harian korang.

Untuk maklumat korang, realme Buds Air 2 akan dijual buat pertama kalinya secara offline dengan harga RM199 pada 3 April 2021 dan ianya boleh didapati melalui semua kedai-kedai jenama realme yang korang boleh lihat dekat laman web rasmi realme dan pengedar sah (authorized dealer) di seluruh negara. Jadi, tunggu apa lagi? Jom beli!

Adib Mohd