Siakap Keli

(Video) “Door Gift” Mewah Atta Halilintar & Aurel Tarik Perhatian Ramai, Siap Hadiahkan Rantai ‘Mahal’

Selamat bernikah pada Sabtu lalu, majlis pernikahan anak Krisdayanti, Aurel Hermansyah dan Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar mendapat liputan yang meluas di Indonesia.

Turut disaksikan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo, upacara akad nikah mereka telah diadakan di Hotel Raffles, Jakarta, dalam keadaan yang mematuhi SOP Covid-19.

Ia juga telah disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan, RCTI.

Usai upacara pernikahan pada siang hari, majlis resepsi juga diadakan di lokasi yang sama pada waktu malam.

Selain busana pengantin yang menawan, perkahwinan pasangan itu juga mendapat perhatian kerana door gift atau souvenir yang diberi kepada tetamu sangat mewah.

Bukan biasa-biasa, barangan bagi souvenir mereka juga diletakkan di dalam kotak hitam dengan cetakan nama mereka dihadapan.

Youtuber terkenal Indonesia, Melaney Ricardo yang menghadiri majlis perkahwinan mereka memuatnaik video yang memperlihatkannya unboxing kotak itu.

Salah satu yang menarik perhatian adalah seutas rantai berloket biru yang kelihatan sangat mewah.

Tidak cuma itu, kotak itu juga dilengkapi dengan kelengkapan dan sudu garfu bronze.

Turut kelihatan adalah minyak wangi, tumblr, pelitup muka dan sebotol madu.

“Barang-barang ini sangat sesuai pada waktu sebegini, ia sangat berfungsi ketika pandemik,” katanya.

Dia juga dilihat mendapat satu beg makanan yang berisi makanan khas Bali seperti kacang ajik, bakpia dan pie susu.

Sumber: Melaney Ricardo, Detik.com

Sofea

There's always another side to every story