Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kononnya 'Ujian Mental', Gambar Ini Curi Perhatian Ramai

gambar ujian mental
Gambar: Threads @akim_kimber
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kononnya 'Ujian Mental', Gambar Ini Curi Perhatian Ramai

Betullah orang cakap, kalau nak cari hiburan percuma, media sosiallah tempatnya.

Kadang-kadang, hanya satu gambar dan satu soalan ringkas sudah cukup membuatkan ribuan netizen 'berkampung' di ruangan komen.

Itulah uniknya rakyat Malaysia. Kalau bab berjenaka, memang kreatif di luar kotak.

Baru-baru ini, satu perkongsian di Threads menjadi perhatian ramai apabila seorang lelaki memuat naik sekeping gambar yang dikatakan mampu 'menguji' pemikiran seseorang.

Siapa sangka, perkongsian itu akhirnya meraih hampir 30,000 tanda suka dan mengundang ribuan komen yang lebih menghiburkan daripada gambar itu sendiri.

Kononnya gambar dari hospital mental...

Menerusi perkongsian tersebut, lelaki berkenaan memuat naik sekeping gambar hitam putih yang sukar dikenal pasti objek sebenar di dalamnya.

Lebih menarik, dia turut menyertakan kapsyen yang membuatkan ramai terus tertanya-tanya.

"Gambar ini diambil di sebuah hospital mental. Ia bertujuan untuk menguji mereka yang mempunyai masalah pemikiran.

"Jika mereka dapat mengenali apa yang ada dalam gambar ini dalam masa satu minit, bermakna mereka sudah sihat.

"Sesiapa yang tidak dapat mengenali apa yang ada dalam gambar itu dianggap mempunyai masalah pemikiran.

"Jika anda tidak tahu, mari sama-samalah kita ke hospital mental. Aku tunggu sini... di bilik 0641..." - tulisnya.

Walaupun jelas ditulis dalam nada berseloroh, ramai netizen tetap 'terperangkap' apabila mereka mula menatap gambar itu berulang kali, namun masih gagal mengenal pasti apa yang sebenarnya dipaparkan.

Lagi lama tengok, lagi bertambah pening

Apa yang lebih melucukan, semakin lama gambar itu ditenung, semakin ramai mengaku mereka langsung tidak nampak apa-apa.

Ada yang cuba besarkan gambar, ada yang ubah tahap kecerahan telefon, malah ada juga yang mengaku sudah hampir berjam-jam meneliti gambar tersebut tetapi tetap buntu.

Akhirnya, mereka memilih untuk menyerah kalah dan meluahkan 'nasib' masing-masing di ruangan komen.

"Lama dah tenung, tak tau menda. Btw nak daftar cakap apa kat kaunter?"

"Ok siapa nak tumpang sekali pergi hospital, ada lagi 4 orang boleh naik. Dekat 3 jam tengok gambar ni tak tahu apa menda."

"Tengok komen macam dah penuh je hospital tu. Takpelah saya check in hotel."

"Saya nampak mak lipas tengah pakaikan lampin anak dia. Ok hospital mental kat ne tu..."

"Takkan korang semua tak nampak ape dalam gambar ni? Korang terangkan brightness sampai habis lepastu korang bagitau aku ade kosong lagi tak hospital mental tu... aku otw..."

Leka baca komen...

Boleh dikatakan, bukan gambar itu yang menjadi hiburan utama, tetapi gelagat netizen di ruangan komen yang berjaya membuatkan ramai ketawa.

Ada yang datang kerana ingin mencari jawapan, namun akhirnya lebih lama membaca komen daripada cuba meneka gambar tersebut.

Bagaimanapun, perlu diingat, gambar di atas hanya bahan jenaka yang digunakan netizen di media sosial. Ianya bukanlah gambar 'ujian' sebenar.