Siakap Keli

Forbes Dedah Bilangan Billionaire Yang Ada Di Dunia Ketika Ini & Ini Jumlah Gabungan Harta Mereka Yang Bikin ‘Rakyat Marhaen’ Pengsan

Nama-nama seperti Elon Musk, Jeff Bezos dan Bill Gates memang tidak asing lagi dalam dunia bisnes hari ini. Malah, individu-individu ini diangkat sebagai idola sesetengah orang turut mengimpikan kehidupan super mewah seperti mereka.

Kalau disukat harta yang dimiliki oleh billionaire dunia ini, memang makan pakai tak habis tujuh keturunan. Tapi pernahkah anda terfikir, berapa ramai sebenarnya jumlah billionaire yang ada di dunia ini?

Malah, jika digabungkan semua harta yang mereka miliki, seberapa besarkah amaun yang boleh dicapai?

Menurut Forbes, terdapat seramai 2,775 billionaire di seluruh dunia ketika ini.

Senarai itu juga menyaksikan pengasas Amazon, Jeff Bezos, menjadi individu terkaya di dunia untuk tahun keempat berturut-turut.

Menurut The Economic Times, kedudukan golongan billionaire berkembang selepas setahun krisis COVID-19.

Gabungan jumlah harta semua billionaire pada tahun ini adalah sebanyak USD 13.1 trilion (USD 1 = RM 4.13), ia meningkat daripada USD 8 trilion pada tahun lalu.

Jika dilihat mengikut perspektif GDP, angka berkenaan hanya berada di belakang Amerika Syarikat dan China yang masing-masing mempunyai GDP USD 20.81 trillion dan USD 14.86 trillion. Tetapi jauh mengatasi Jepun ditangga ketiga yang mempunyai GDP USD 4.91 trillion.

Ketua Eksekutif Tesla, Elon Musk, pula melonjak ke tempat kedua dalam senarai tahun ini, berbanding kedudukan 31 tahun lepas, diikuti oleh ketua eksekutif syarikat barang mewah LVMH, Bernald Arnault.

Bill Gates dan Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg turut tersenarai dan mereka melengkapkan senarai lima manusia terkaya di dunia.

Senarai tahun ini juga mempunyai 493 pendatang baru termasuk ketua eksekutif aplikasi temu janji Bumble, Whitney Wolfe Herd.

Bak kata CEO Forbes ”Orang yang sangat, sangat, sangat kaya menjadi sangat, sangat, sangat kaya”.

Sumber: The Economic Times

Sofea

There's always another side to every story