Siakap Keli
Kredit: @abangcomot

(Video) Mekanik Ni Kongsi Cara Mudah Nak ‘Check’ Bunga Tayar, Cuma Guna Duit Sekupang

Apabila sudah memiliki kenderaan, seorang pemilik perlulah sentiasa memastikan keadaan kenderaanya berada dalam keadaan baik. Perkara ini kerana ianya dapat mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini.

Antara komponen yang cukup penting bagi sesebuah kenderaan adalah tayar. Seperti yang ramai sudah tahu, bunga tayar berfungsi untuk ‘mencengkam’ permukaan jalan agar kenderaan tidak terbabas dan juga sangat penting ketika kenderaan diperlahankan.

Disebabkan itu, tayar yang sudah nipis atau botak perlulah diganti dengan segera. Tapi, bagaiamana nak tahu tayar tersebut masih berada dalam keadaan baik ataupun tidak ?

Seorang mekanik menerusi laman Tiktok miliknya ada berkongsikan cara mudah untuk check bunga tayar.

Seperti dalam klip tersebut, mekanik ini hanya menggunakan sekeping syiling sepuluh sen. Langkah pertama yang dikongsikannya ialah melihat pada lambang segi tiga yang terdapat pada tayar.

Pada aras yang sama, letakkan duit syiling tersebut di celah bunga tayar kenderaan. Menurut mekanik itu, sekiranya perkataan ‘Malaysia’ masih tidak kelihatan, bermakna tayar berada dalam keadaan yang baik.

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara mudah hendak periksa bunga tayar.

@abangcomot

Cara mudah check bunga tayar #mekanik #foryoupage #tiktokguru #educacion #automotive #CapCut

♬ оригинальный звук – ✨ⲘⲒR ⲆⲞRⲀⲘ✨

Sumber: @abangcomot

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa