Siakap Keli
Gambar: TikTok

(Video)Rindu Pelukan, Anak Cium Gambar Ayah Pada Buku Yasin, Hulur Tangan Minta Dukung Bikin Warganet Sebak

Bagi anak kecil, mungkin mereka belum dapat memahami apa ertinya apabila seseorang meninggal dunia. Kadangkala si yatim bertanya berkali-kali, “Di mana ayah? Di mana ibu?” Berkali juga salah seorang penjaganya yang masih hidup menjawab sambil menahan air mata.

Baru-baru ini, seorang wanita dengan nama @puput8880 telah berkongsi sebuah video yang menyayat hati. Dalam video dikongsikannya, kelihatan seorang kanak-kanak memegang naskhah yasin yang mempunyai gambar seorang lelaki dipercayai ayahnya yang telah meninggal dunia.

Memetik Suara.com, kanak-kanak itu memegang gambar si ayah dan memuji kekacakan lelaki berkenaan sebelum meminta didukung.

“Ayah, ganteng (kacak). Ayah gendong (dukung), ayah gendong,” kata kanak-kanak itu sambil tersenyum.

“Ayah, dah ayah,” ujarnya melambai ke arah gambar si ayah sebelum mencium foto tersebut.

Menerusi video yang sama, turut disertakan saat-saat bahagia anak kecil itu dikendong ayahnya, disusuli gambar si ayah yang terlantar di katil hospital.

@puput8880

Anak ganteng anak pinter sayangna aunty☺️ #foryou @dhirabesti4

♬ original sound – Charli Queen 👑

Sejak dimuatnaik semalam, video itu telah mendapat lebih 1.5 juta tanda suka daripada warga maya yang rata-rata bersedih atas nasib kanak-kanak itu.

Lebih pedih dari bawang

Sabar ya anak soleh, doakan ayah tenang di syurga ya

Sihat terus ya mama dan adik

Sumber: Suara.com

Amira

Love yourself.