Siakap Keli

NASA Rancang Siaran Langsung Sempena Peristiwa Bersejarah Ingenuity Berlepas Dari Marikh

NASA mensasarkan 11 April untuk percubaan pertama Ingenuity Mars Helicopter bagi penerbangan terkawal di planet Marikh.

Bagi pelacaran penerbangan helikopter ini, NASA akan mengadakan acara terbuka dan menjemput orang awam untuk turut serta menyaksikan peristiwa tersebut.

Siaran langsung penerbangan pertama Ingenuity ini disasarkan sekitar jam 3.30 pagi (waktu tempatan) pada 12 April di NASA TV, aplikasi NASA dan laman web agensi tersebut.

Peristiwa bersejarah berkenaan juga akan disiarkan di beberapa platform media sosial milik agensi itu termasuk JPL Youtube dan Facebook.

Ingenuity tiba di Kawah Jezero Marikh pada 18 Februari yang melekat di perut rover Perseverance NASA. Helikopter ialah demonstrasi teknologi dengan jangka masa penerbangan ujian yang dirancang sehingga 31 hari.

Rover akan memberikan sokongan semasa operasi penerbangan, mengambil gambar, mengumpul data persekitaran dan menjadi tuan rumah stesen pangkalan yang memungkinkan helikopter berkomunikasi dengan pengawal misi di Bumi.

sumber: NASA 

Atiqah Aliah