Siakap Keli

(Video) Lebih Selesa, Ini Cara ‘Lain’ Pakai Tali Pinggang, Tak Sakit Belakang Bila Duduk Bersandar Atas Kerusi

Bila bercakap mengenai pemakaian, setiap orang sememangnya mempunyai gaya dan citarasa yang tersendiri, tetapi ia juga perlulah sesuai mengikut keadaan agar diri lebih selesa.

Sama juga bila berpakaian ke tempat kerja, ia perlulah mengikut kesesuaian dan tidak mengganggu kerja. Terkadang ada yang memakai seluar yang tidak selesa dan itu boleh menggangu ‘mood’ ketika bekerja.

Bagi golongan lelaki, kadang-kadang anda mesti tidak selesa apabila memakai tali pinggang dan duduk di kerusi dalam tempoh waktu yang lama.

Tetapi jangan risau, cara ini mungkin boleh membantu menyelesaikan ketidakselesaan tersebut.

Menerusi satu video yang tular di TikTok, seorang lelaki menunjukkan cara yang paling mudah untuk memakai tali pinggang tetapi tidak ‘menjejaskan’ bahagian belakang.

Sehingga kini, video itu telah mendapat sebanyak 760 ribu tontonan di TikTok.

Jom sama-sama tonton video di bawah ini.

@mike_komen

Would you try it? Have to admit it is more comfortable when working at the desk. #alwayslearning #fyp #lifehacks #workfromhome

♬ Rasputin (7″ Version) – Boney M.

Sumber: Mike_komen

Sofea

There's always another side to every story