Siakap Keli
Gambar Via Poksue Jak

“Makanan Harian Saya Cuma…”, Hilang Berat 57kg Tanpa Ubat, Lelaki Kini Tampil Lebih Bergaya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dengan keyakinan dan usaha yang berterusan, setiap orang boleh mendapatkan berat badan ideal yang diimpikan selama ini.

Walaupun mungkin ia tidak mudah seperti yang diharapkan, tetapi hasilnya nanti pasti akan mengagumkan.

Kali ini, SK akan berkongsikan tips dari pengguna Facebook, Poksue Jak atau Mohamad Khairul Aizat yang telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 57kg.

185KG – 128kg. Loss 57kg tanpa ubat
Tinggi 183
Target 90kg, semoga memberi semangat kepada yang tengah usaha sekarang.

Gambar Via Poksue Jak
Gambar Via Poksue Jak

Dihubungi SK, Aizat mengatakan bahawa dia tidak memakan nasi, makanan berminyak dan bergula selama enam bulan.

Sementara itu, pada awal diet iaitu dalam tempoh tiga bulan, dia hanya makan bihun goreng sekali sehari.

“Makanan harian saya cuma roti kering, air lemon kosong panas dan air masak dua botol sehari,” katanya.

Menurutnya, dia akan makan nasi tetapi satu kali seminggu sahaja.

Tidak cuma itu, dia juga melakukan senaman di dalam rumahnya setiap hari bagi terus kekal cergas.

Kini dalam proses menurunkan berat badan lagi, Aizat menasihatkan kepada orang ramai yang ingin melakukan diet agar sentiasa bersemangat dan hati kena sentiasa kuat.

Sumber: Poksue Jak

Sofea

There's always another side to every story