Siakap Keli
rentas negeri vaksinasi
Gambar: Twitter

MKN Setuju Benarkan Rentas Negeri Individu Perlu Bawa Tanggungan Bagi Janji Temu Vaksinasi COVID-19 – Khairy

Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan individu berkaitan untuk merentas negeri atas tujuan membawa tanggungan terutamanya ibu bapa menghadiri janji temu vaksinasi, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun katanya, kebenaran itu terpakai hanya kepada seorang ahli keluarga sahaja.

“Sidang MKN semalam telah setuju untuk memberi kebenaran kepada seorang ahli keluarga untuk merentas negeri bagi tujuan membawa tanggungan ke janji temu vaksinasi.

“Contoh anak kerja KL boleh balik Rembau bawa ibu yang berumur untuk vaksinasi,” tulisnya.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: Bernama, Khairy Jamaluddin

Amira

Love yourself.