Siakap Keli
Gambar Hiasan Via BBC

“Kita Ni Punyalah Berjaga,” Lelaki Luah Nak Balik Kampung, Nasihat Orang Ramai Patuh SOP

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pandemik COVID-19 di negara ini masih lagi tidak reda sepenuhnya. Dengan kes yang tidak menentu pada setiap hari, orang ramai pastinya sangat rindu dengan suasana sebelum munculnya COVID-19.

Manakan tidak, nampaknya tahun ini pun kita mungkin sekali lagi tidak dapat pulang beraya di kampung.

Pun begitu, kita masih lagi boleh mengecapinya jika mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

Melihat kepada situasi ini, Khairul Hakimin Muhammad menerusi Facebook menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP agar segalanya boleh kembali seperti biasa.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

1. Boleh sahaja solat di surau dan masjid, namun jaga SOP. Isunya ialah apabila buka sahaja, ada yang beri alasan tak sempat nak berwuduk di rumah, ada juga yang tak bawa sejadah.

Sudah kata kalau batuk, sakit tekak, selsema, demam jangan mai, namun nak juga datang. Kita berdiri 4-5 saf beza pun boleh dengar batuk kong kong kong.

Kemudian dari 1 kes, membawa kepada 1 kes lain. Masjid dan surau jadi fitnah kepada “pembawa” virus Covid-19.

Apabila kerajaan tak kasi buka masjid, tak kasi buka surau, pakat marah belaka. Namun bab SOP, tak semua berjaga. Kasihan Toksiak, kasihan Pak Bilal dan Pak Imam berusaha sangat menjaga semua, namun kita buat do no sokmo-sokmo.

2. Boleh sahaja nak balik ke kampung beraya. Namun jaga SOP. Isunya ialah apabila buka sahaja rentas negeri, terus kita berpakat dengan Mak Uda, Pak Uda semua, mari kita berkumpul rumah atok rumah uwan. Mak pak serba salah nak tinggal anak, angkut semua.

Dari 1 kes kepada terus 1 kluster. Terus semua orang yang nak balik kampung difitnah kata pembawa virus.

Kita ini punyalah berjaga. Nak masuk office, nak masuk kilang, nak beli barang, nak ke sana nak ke sini kemain sentiasa dengan sanitizer bagai. Mask siap beli berkotak-kotak.

Siap buat SOP sendiri di kilang kalau selsema, batuk, sakit tekak, demam, tak boleh hadir ke kilang, gaji tak kena potong pun. Semua kita jaga beriya.

Namun kes naik juga.

Sebab kita tak mau jaga SOP.

Tengok Bazar Ramadan, dah kerajaan buka suruh berniaga, peniaga kemain happy dapat juga mereka duit untuk tampung kehidupan, kita yang dari pejabat dari tempat kerja ini lantakkan berpusu bersesak macam apa.

Susah bebenar nak dengar kata.

Apabila kes naik, tuduh kata angka itu dibuat-buat. Jiran sebelah kena sekeluarga baru terdiam.

Gais, jaga SOP! Itu sahaja! Kita ada 3 minggu lagi nak raya. Kita tentukan sama ada nak balik jumpa emak ayah atau tak.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak balik.

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

Sofea

There's always another side to every story