Siakap Keli

Lambat Datang Bulan Buat Bakal Ibu Teruja? Ini 23 Tanda-Tanda Anda Hamil 1 Minggu

Untuk makluman, tiada seorang wanita pun yang pernah mengalami tanda hamil 1 minggu.

Apabila seseorang itu menggunakan terma “1 minggu” dalam perbualannya, ia merujuk kepada minggu pertama mereka mengetahui tentang kehamilan tersebut.

Apabila persenyawaan di antara ovum dan sperma telah berjaya, badan akan merembeskan hormon yang dikenali sebagai human chorionic gonadotropin (hCG).

Hormon ini akan memastikan paras estrogen dan progesteron berada pada tahap yang optimum untuk kehamilan.

Perubahan hormon tersebut akan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami simptom kehamilan. Badan anda sedang dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran hormon yang tinggi.

Bergantung kepada tahap kepekaan anda terhadap kitaran haid, kebiasaannya, anda akan membuat ujian kehamilan pada minggu ke 4 dan ke atas.

Mungkin ada wanita yang mengalami simptom kehamilan lebih awal, namun hormon hCG cuma boleh dikesan di dalam air kencing pada hari ke 8 (secara purata) selepas anda tidak datang haid.

Ini bermakna jika anda mempunyai kitaran haid 28 hari dan ovulasi berlaku pada hari ke 14 (purata), jika persenyawaan berjaya, hormon hCG cuma boleh dikesan pada anggaran 22 hari (3 minggu) selepasnya.

Pelbagai jenis tanda hamil 1 minggu yang boleh anda alami. Yang penting adalah dengan membuat ujian air kencing kehamilan dan pergi ke fasiliti kesihatan terdekat untuk pemeriksaan.

10 tanda hamil 1 minggu

tanda hamil 1 minggu

Berikut merupakan tanda hamil 1 minggu. Penulis mengecualikan simptom tidak datang haid memandangkan ia merupakan tanda umum yang diketahui ramai sebagai simptom hamil.

1. Pendarahan ringan dan kekejangan perut

Jika anda mengalami pendarahan ringan (tompok-tompok), itu mungkin tanda hamil 1 minggu. Apabila persenyawaan telah berjaya, janin akan dibenamkan ke dalam dinding rahim bagi mendapatkan nutrien sepanjang tempoh kehamilan.

Proses tersebut menyebabkan pendarahan ringan yang sering kali disertakan dengan simptom sakit.

Faktor-faktor lain seperti merokok, pengambilan alkohol dan penggunaan terlarang boleh menyebabkan pendarahan tersebut menjadi lebih banyak. Rujuk doktor anda sekiranya perkara tersebut berlaku.

Tanda tanda mengandung minggu pertama #2 Suhu badan naik

Jika anda tiba-tiba terasa panas, itu mungkin tanda hamil 1 minggu. Kenaikan suhu badan boleh berlaku ketika anda mengalami ovulasi atau setelah persenyawaan berjaya.

Ketika janin dibenamkan ke dalam dinding rahim, kajian menunjukkan bahawa proses keradangan memainkan peranan penting. Ini bermakna, anda akan mengalami kenaikan suhu badan.

Selain daripada kehamilan, aktiviti senaman dan cuaca panas juga boleh meningkatkan suhu badan individu. Untuk kepastian, sila lakukan pemeriksaan.

3. Kelesuan dan mudah rasa mengantuk

Ketika anda hamil, penghasilan hormon hCG akan mengawal atur rembesan hormon progesteron. Ia bukan sahaja memainkan peranan penting sewaktu kehamilan malah berperanan dalam mengawal atur kitaran tidur jaga individu.

Kelesuan dan mudah rasa mengantuk merupakan dua tanda hamil 1 minggu. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup.

Tanda tanda mengandung minggu pertama #4 Rasa berdebar-debar

Selain daripada mempunyai kaitan dengan penyakit kardiovaskular, rasa berdebar-debar juga merupakan salah satu tanda hamil 1 minggu.

Jumlah isipadu darah anda akan bertambah bagi menampung keperluan janin. Ini akan menyebabkan jantung anda berdegup 25% lebih laju berbanding dengan keadaan biasa.

Jika anda mempunyai sejarah penyakit jantung, amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan fizikal.

sakit perut, hamil

5. Payudara membesar dan terasa sakit

Perubahan hormon boleh menyebabkan payudara anda mengalami perubahan. Segelintir individu berisiko untuk mendapat payudara bengkak namun ia akan beransur-ansur hilang apabila badan anda sudah biasa dengan persekitaran hormon yang tinggi.

Puting (areola) anda akan menghitam dan ukur lilitnya akan bertambah. Pastikan anda memakai bra yang bersesuaian untuk mengurangkan kesakitan.

Tanda tanda mengandung minggu pertama #6 Kerap kencing

Peningkatan pada isi padu darah di dalam badan akan menyebabkan buah pinggang wanita menapis lebih banyak air.

Perkara ini akan menyebabkan anda kerap kencing. Satu nasihat yang sering diberikan adalah jangan tahan kencing anda. Pastikan anda minum air secukupnya untuk memenuhi keperluan harian.

7. Sembelit dan kembung perut

Sama seperti simptom yang anda alami sebelum fasa pendarahan dalam kitaran haid, sembelit dan kembung perut merupakan salah satu tanda hamil 1 minggu.

Semasa anda hamil, perubahan hormon akan menyebabkan sistem penghadaman anda menjadi perlahan. Ia boleh menyebabkan anda mengalami kembung perut dan sembelit.

Banyakkan mengambil makanan berserat bagi membantu melegakan simptom tersebut.

Tanda tanda mengandung minggu pertama #8 Mabuk hamil dan kurang selera makan

kencing, buang air kecil

Walaupun punca kepada simptom mabuk hamil (muntah dan loya) masih lagi kurang jelas, perubahan hormon mungkin memainkan peranan penting.

Ia merupakan salah satu tanda hamil 1 minggu yang popular. Lihat sahaja pada drama yang memaparkan babak wanita mengandung. Pasti mereka akan muntah-muntah.

Mabuk hamil kebiasaannya berlaku antara minggu ke 4 dan ke 6. Pastikan anda minum air secukupnya. Jika anda asyik termuntah setelah minum atau makan, jumpa dengan doktor anda.

9. Pening kepala

Terdapat pelbagai jenis perubahan fisiologi yang dialami oleh wanita semasa mengandung. Salah satu daripadanya adalah tekanan darah rendah. Hormon yang dirembeskan boleh menyebabkan salur darah mengembang.

Perkara ini menyumbang kepada penurunan tekanan darah yang membuatkan anda pening dan berasa seperti dunia berpusing.

Jika anda mengalami tekanan darah tinggi, pastikan anda rujuk kepada doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Tanda tanda mengandung minggu pertama #10 Pedih ulu hati

Perubahan hormon sewaktu hamil boleh menyebabkan otot sfinkter (bukaan pada hujung esofagus) mengendur. Perkara ini akan memudahkan pengaliran asid di dalam perut untuk memasuki esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati.

Jika anda mengalami keadaan ini, makan dengan bahagian yang kecil secara kerap. Jangan baring selepas makan dan beritahu doktor anda jika simptom tersebut kerap berlaku. Jika tiada larangan, doktor anda mungkin akan memberikan ubat antasid.

11. Kekejangan

Pada peringkat awal kehamilan, kekejangan ringan ketika embrio melekat pada dinding rahim mungkin berlaku.

Kekejangan akan dirasai pada bahagian perut, pelvis atau kawasan pinggul bawah. Malah, ia mungkin dirasai seperti sensasi menarik, kesemutan atau tusukan.

Sesetengah wanita mengalami rasa kekejangan ringan yang sementara. Namun ada juga yang berdepan rasa tidak selesa dengan kekejangan untuk tempoh beberapa hari.

12. Hidung dan gusi berdarah

Kedengaran pelik, tetapi ada wanita mengalami pendarahan hidung atau gusi semasa kehamilan dan ia dianggap sebagai tanda tanda mengandung minggu pertama.

Pendarahan berlaku disebabkan peningkatan tahap hormon dan biasanya terjadi ketika anda sedang menggosok atau flos gigi.

13. Perubahan mood

Apabila hormon badan berdepan perubahan, ia juga akan mempengaruhi emosi anda.

Ia adalah keadaan normal untuk berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Bahkan, mood swing boleh dianggap sebagai antara simptom mengandung paling sering dialami.

Pun begitu, jika anda bergelut dengan kemurungan, kesedihan, kegelisahan mahupun tekanan, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor.

14. Hidung tersumbat

Peningkatan tahap hormon dan penghasilan darah juga boleh mengakibatkan bahagian selaput lendir pada hidung membengkak, kering dan berdarah dengan mudah.

Ia mungkin menjadi punca hidung tersumbat atau berair

berbadan dua

Rasa logam: Tanda hamil 1 minggu #15

Sebilangan wanita menyatakan bahawa mereka mengalami rasa logam dalam mulut pada fasa awal kehamilan.

Ia terasa seperti terdapat duit syiling di dalam mulut dan selalunya berlaku apabila mengambil makanan tertentu atau secara rawak sepanjang hari.

16. Sensitif terhadap bau

Merupakan gejala awal kehamilan yang sering dialami kebanyakan wanita. Pun begitu, terdapat sedikit bukti yang mengaitkan tentang kepekaan bau pada trimester pertama.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan deria bau yang sensitif cenderung mencetuskan mual dan muntah.

17. Mengidam sesuatu makanan

Antara salah satu tanda hamil 1 minggu adalah secara tiba-tiba anda mungkin mengembangkan keinginan untuk makan atau tidak menyukai makanan kegemaran.

Situasi tersebut mungkin akan berlangsung selama 9 bulan kehamilan atau berubah sepanjang tempoh tersebut.

Jaga-jaga ya, paling penting harus mengekalkan berat badan seimbang!

[health_tool_article id=”78935″]

18. Seri muka & jerawat

Anda mungkin tidak perasan, tetapi individu di sekeliling mula menyatakan nampak ‘seri di wajah’ (pregnancy glow).

Umumnya, ia disebabkan oleh peningkatan jumlah darah dan tahap hormon yang lebih tinggi. Keadaan tersebut sekali gus mendorong lebih banyak darah melalui saluran darah.

Dalam masa yang sama kelenjar minyak badan juga perlu bekerja lebih masa.

Peningkatan aktiviti kelenjar minyak badan akan menjadikan kulit kelihatan berkilau dan kemerahan.

Tetapi, hati-hati risiko jerawat untuk muncul juga ada!

19. Tekanan darah tinggi sebagai tanda hamil 1 minggu

Dalam kebanyakan kes, tekanan darah tinggi atau normal akan turun pada peringkat awal kehamilan.

Keadaan tersebut mungkin mendorong wujudnya rasa pening, kerana saluran darah anda melebar.

20. Keputihan

Ada sesetengah wanita mungkin mengesan keputihan tebal pada awal kehamilan. Ia biasanya terjadi pada minggu-minggu pertama kehamilan apabila dinding faraj menebal.

Namun, keputihan ini juga mungkin berlaku sepanjang kehamilan.

Jika terdapat bau tidak menyenangkan atau wujud sensasi terbakar dan kegataaln, lakukan pemeriksaan doktor.

tanda tanda mengandung

21. Sakit belakang

Walaupun sering dianggap gejala kehamilan lewat, namun ia boleh bermula pada peringkat awal mengandung.

Bahkan, ada wanita yang mengalami rasa sakit belakang ini sepanjang kehamilan.

Tanda hamil 1 minggu: #22 Kaki bengkak

Keadaan bengkak yang terjadi melibatkan kaki dan pergelangan kaki. Biasanya disebabkan oleh tekanan dari rahim yang sedang membesar melambatkan aliran darah vena di kaki.

23. Sesak nafas

Peningkatan keperluan oksigen tubuh (untuk menyokong tumbesaran janin) boleh menyebabkan sesetengah wanita berasa sesak nafas.

Walau bagaimanapun, simptom ini dikatakan lebih kerap terjadi pada peringkat kehamilan lewat.

Hamil atau tidak?

Jika anda terlepas waktu haid dan melihat beberapa tanda atau gejala di atas, ikuti ujian kehamilan di rumah atau berjumpa dengan penyedia perkhidmatan kesihatan anda.

Sekiranya ujian kehamilan di rumah anda positif, buat janji temu dengan doktor. Semakin cepat kehamilan disahkan, semakin cepat anda memulakan rawatan pranatal.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)