Siakap Keli

(Video) Ketahui ‘Creeping Eruption’ Yang Disebabkan Oleh Lava Cacing Kerawit

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Waktu zaman kanak-kanak dulu, kalau korang masih ingat, mak ayah pernah pesan agar selalu pakai kasut atau selipar terutama bila bermain di tanah, nanti kalau tak pakai masuk cacing dalam kaki.

Mesti korang fikir itu larangan yang saja-saja taknak bagi korang bermain kan? Ye lah, macam mana cacing yang besar tu boleh masuk dalam kaki.

Ha, kalau korang nak tahu, ia bukan saja-saja ya. Cacing tu pun bukan cacing tanah tetapi cacing kerawit yang sangat sukar untuk dilihat dengan mata kasar.

Biasanya lava cacing ni akan menyelusup masuk ke dalam tubuh seseorang tanpa disedari, bila dah rasa gatal atau ada kesan menjalar pada kulit, barulah kita akan perasan.

Bagi korang yang masih tak tahu, jangkitan ini juga dipanggil sebagai creeping eruption. Menurut Johns Hopkins Medicine, lava cacing kerawit tersebut akan menjalar dalam kulit dn menyebabkan gatal, melecet dan ruam melingkar merah.

Macam mana nak keluarkannya, ada ubat ke? Untuk ketahui lebih lanjut mengenai creeping eruption ni, korang boleh tonton video yang dikongsikan oleh Dr Siti Norshamsiah di bawah ini.

@champz77

#stitch with @spiritpagi Creeping erruption. #parasite #cacing #healthcheck #learnontiktok #tiktokguru #jombelajar #tiktokdoc_my

♬ original sound – DrChampz☆チェーミ 💆‍♀️🌻 – DrChampz☆チェーミ 💆‍♀️🌻

Sumber: Champz77

Sofea

There's always another side to every story