Siakap Keli
Gambar Via NASA

(Video) Catat Sejarah Baharu, Helikopter Kecil NASA Berjaya Diterbangkan Di Marikh

NASA dilaporkan telah berjaya menerbangkan helikopter kecil, Ingenuity di Marikh pada hari ini.

Menurut BBC, drone itu terbang selama kurang dari satu minit di planet itu. Ia merupakan momen bermakna bagi NASA kerana Ingenuity mewakili penerbangan terkawal pertama di planet lain.

Pencapaian itu meluaskan rekod pertama NASA yang luar biasa di Marikh, lapor The New York Times.

“Kami bersama-sama terbang ke Marikh,” kata pengurus projek Ingenuity, MiMi Aung.

Seperti penerbangan pertama kapal terbang oleh Wilbur dan Orville Wright pada tahun 1903, penerbangan itu tidak ‘berjalan jauh’ atau bertahan lama tetapi telah menunjukkan bahawa ia sesuatu yang tidak mustahil.

Ketua juruterbang NASA untuk Ingenuity, Havard Grip menujukkan gambar yang diambil oleh Ingenuity dalam penerbangan yang menunjukkan bayangannya di tanah dan kemudian sebuah video yang memperlihatkannya melayang di udara.

Sumber: BBC, The New York Times

Sofea

There's always another side to every story