Siakap Keli
Gambar Via Mothership

Nak Rasa Momen Bercinta Seperti Dalam Drama, Wanita Sanggup Tempuh Perjalanan 2 Jam Untuk Makan Tengah Hari Dengan Teman Lelaki

Bila dah angau bercinta, mesti setiap orang sanggup melakukan apa saja termasuk merantau beribu batu sekalipun.

Seperti yang dilakukan oleh wanita di Jepun ini, dia dilaporkan sanggup menempuh perjalanan selama dua jam demi menikmati makan tengah hari bersama teman lelakinya.

Menurut Mothership, wanita itu ingin merealisasikan keinginannya untuk mempunyai kisah cinta bersama rakan sekerja seperti di dalam drama.

Manakan tidak, dia juga memakai baju yang formal seperti seorang pekerja dan menyediakan pas pejabat walaupun sebenarnya dia menganggur.

“Saya menganggur tetapi saya ingin cuba untuk bercinta dengan seseorag dari sebuah syarikat. Saya memakai baju kerja dan melakukan perjalanan selama dua jam hanya untuk makan tengah hari bersama teman lelaki saya di tempat kerjanya dan selepas itu pulang ke rumah,” kata wanita itu di Facebook.

Melengkapkan ‘cerita cintanya’, dia telah memasak makanan tengah hari dan memasukkan di dalam bekas bento yang comel untuk mereka nikmati bersama. Ia dilihat sangat sempurna seperti sebuah drama.

Dia berpakaian pejabat yang lengkap dengan blazer, kemeja dan skirt. Tidak cuma itu, dia mencetak pas pejabat yang palsu untuk melengkapkan ‘ceritanya’ itu.

Walaupun ia palsu, ia kelihatan sangat dipercayai kerana ‘maklumat peribadi’ yang disertakan olehnya bersama sekeping gambar.

Sumber: Mothership

Sofea

There's always another side to every story