Siakap Keli
Gambar: Planetarium Negara

Boleh ‘Standby’, Fenomena Hujan Meteor Lyrids ‘Mewarnai’ Ruang Angkasa Kita Hingga Esok

Planetarium Negara memaklumkan bahawa fenomena hujan meteor Lyrids dijangka akan ‘mewarnai’ langit negara kita buat tempoh beberapa hari ini.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan di laman Facebook hari ini, waktu aktif ‘kemunculan’ meteor tersebut adalah antara 16 hingga 25 April ini, manakala kemuncaknya pada 22 hingga 23 April esok.

Difahamkan, asal-usul debu meteor ini adalah daripada komet jenis C/1861 G1 Thatcher dan ia dipancarkan dari pusat pancaran meteor melalui buruj Lyra di angkasa raya.

Menurut maklumat itu lagi, kadar hujan meteor yang dijangkakan adalah kira-kira satu meteor dalam tempoh tiga minit.

Dalam perkongsian itu juga, ada netizen yang berpeluang dapat melihat kemunculan hutan meteor Lyrids yang melalui ruang angkasa lokasinya seperti di bawah.

Untuk gambar lebih jelas, boleh lihat di bawah ini. Ada kelihatan seakan satu garisan panjang yang meluncur laju, itulah salah satu meteor tersebut.

Gambar: Facebook

Sumber: Planetarium Negara

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'