Siakap Keli
Gambar: Ada Suhaq

Meriahnya Warna, Akak Ni Kongsi Resepi Nak Buat Laksam Hipster Hingga Dapat Lebih 5000 Perkongsian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sepanjang bulan Ramadan ni, mesti akak-akak kat dapur setiap hari kena ‘perah otak’ nak masak menu apa untuk berbuka puasa, kan? Takkan nak makan martabak, tepung pelita dengan air katira je selalu kan?

Justeru, kenalah akak-akak ni Google macam-macam resipi. Silap-silap kena selongkar balik resipi viral yang pernah share kat Facebook bulan lepas. Share je sempat, masaknya belum lagi. Hah masa inilah nak cuba.

Mungkin ada yang tak perasan, tapi ada satu resipi unik yang mungkin akak-akak boleh cuba masak untuk berbuka esok. Seorang netizen, Ada Suhaq pernah berkongsi resipi ‘laksam hipster’ di group Masak Apa Hari Ini (MAHN).

Laksam versi hipster ni sekali pandang macam aiskrim Paddle Pop pun ada, sebab rupanya berwarna-warni. Taknak cakap banyak, jom ikuti perkongsian kat bawah ni.

Resipi buat laksam hipster

Gambar: Ada Suhaq

Laksam hipster.. Kita buat dia, sukahati nak boh warna apa pon.

Resipi laksam:-

  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecik garam
  • 3 sudu makan minyak masak

Campur je semua sampai sebati takde ketul-ketul. Pastu kalau nak bubuh kaler-maler (colour) boleh perasing dalam bekas lain.

Gambar: Ada Suhaq

Resipi kuah:-

  • 1 kg ikan sardin / selayang atau apa-apa ikan yang sesuai, tapi jangan cedok ikan gapi kat laman rumah pulak
  • 7-8 biji bawang merah, bawang putih takyah. Boleh je nak bubuh, tapi saya tak bubuh
  • Lada hitam 1 sudu
  • Asam keping
  • Garam sesedap rasa, jangan banyak kang masin rebing pulak
  • Gula sesedap rasa, jangan eksaited (excited) sangat tuang gula, diabetes tak pasal nanti
  • Belacan
  • Gula Melaka @ nissang
  • Santan Kara sekotak besar

Ikan rebus sekali dengan air garam, asam keping & gula Melaka.

Pastu perisi, blend sekali dengan air rebusan ikan, bawang merah dan lada hitam.

Masak sekali dengan santan, campur air sikit kang pekat sangat pulak. 

Pastu perasakan dengan gula dan garam. Dah masak tutup api, kang kering pulak kuah tu.

Kukus laksam pakai api besar, agak-agak gelembung dalam 4-5 minit, kira dah masak la tu. Tunggu suam sikit baru gulung.

Sapu minyak pada loyang sebelum bubuh bancuhan tepung. Loyang tu baru beli kat Eco semalam, takda tudung periuk leper. Kedai banyak yang tutup pasai tak habis raya lagi (waktu tu).

Tudung periuk kukus saya balut dengan towel. Tak mahu bagi air menitik masa kukus. Pakai towel yang bersih naa, bukan yang dah pakai lepas mandi. Tak pasal jadi laksam kangkang nanti. Ok melawak sorry..

Gambar: Ada Suhaq

Sumber: Ada Suhaq melalui Masak Apa Hari Ini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'