Siakap Keli
Gambar Via India Today

Dipercayai Takut Dijangkiti, Lelaki Didakwa Tinggalkan Ibu Positif COVID-19 Di Tepi Jalan

Siapalah kita di dunia ini tanpa ibu bapa yang telah mendidik dan membesarkan kita selama ini. Mereka seharusnya dijaga dengan sebaiknya.

Pun begitu, nampaknya berbeza pula dengan lelaki ini yang didakwa sanggup meninggalkan ibunya yang positif COVID-19 di tepi jalan di Kanpur, Uttar Pradesh, India.

Menurut India Today, video yang memaparkan ibunya terbaring telah tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Melihat keadaan wanita itu yang terbaring lemah, penduduk di sekitar kawasan itu menghantarnya ke hospital tempatan, tetapi dia dilaporkan telah meninggal dunia semasa sedang menjalani rawatan.

Sebelum itu, dia dilaporkan mengadu sesak nafas dan ketika keadaan makin buruk, anak lelakinya membawanya ke daerah Tad Bagiya di Chakeri serta meninggalkannya di luar rumah anak perempuannya.

Lelaki itu juga melarikan diri dari tempat kejadian itu kerana bimbang dia mungkin dijangkiti virus dari ibunya.

Pun begitu, nasib wanita itu juga tidak terbela apabila anak perempuannya juga tidak mahu bertanggungjawab terhadap dirinya yang sakit dan tidak membawanya masuk ke dalam rumah.

Melihat wanita itu terbaring di tepi jalan, beberapa penduduk tempatan merakam video yang memaparkan keseluruhan kejadian itu dan memuatnaiknya di media sosial.

Polis telah bergegas ke tempat kejadian itu setelah video tersebut menjadi tular. Mereka juga sudah membuka kes mengenai pengabaian yang dilakukan oleh anak lelaki kepada wanita itu.

Sumber: India Today

Sofea

There's always another side to every story