Siakap Keli
Gambar via TikTok @shnllhrn

Hanya Perlu 15 Saat, Lelaki Ini Buat Tutorial Pakai Sampin Mudah dan Kemas

Tidak lama lagi, umat Islam di Malaysia akan menyambut perayaan Aidlifitri. Bila di penghujung Ramadhan ni, mesti ramai yang dah berpusu-pusu beli baju raya.

Bagi kaum lelaki, pemakaian baju Melayu sangat sinonim dengan hari raya. Bagaimana pula dengan sampin?

Sampin apabila dikenakan dengan baju Melayu, memang buat pemakainya nampak segak. Tapi bagi sesetengah orang, untuk memakai sampin itu sesuatu yang renyah. Kadang kala perlu bantuan orang lain untuk buat sampin nampak kemas.

Dengan video tutorial pakai sampin 15 saat ini, mungkin masalah pagi raya anda dapat diselesaikan.

Video yang diunggah oleh akaun TikTok @shnllhrn ini mendapat 348.5 ribu tontonan dan lebih 13 ribu sukaan setakat ini.

Untuk mengetahui cara pakai sampin 15 saat tanpa bantuan orang lain, mari kita ikuti video di bawah.

@shnllhrn

Reply to @shriche done ! Jom duet pakai sampin. #sampinraya #bajuraya #shanellharun #fyp #sampinchallenge #foryou

♬ Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

Sumber: TikTok @shnllhrn

Eyla Azri