Siakap Keli
Kredit: Google/Bernama

Langgar SOP Lebih Daripada Sekali Wajib Dikenakan Hukuman Lebih Berat, PDRM Tanya Warganet Setuju Atau Tidak?

Bermula 11 Mac lalu, individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan dan kawalan penyakit COVID-19 berhadapan denda maksimum RM10,000.

Walaupun nilai tersebut boleh dikatakan agak tinggi, namun masih ada individu yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan. Pun begitu, bagaimana pula dengan individu yang melanggar SOP lebih daripada sekali?

Semalam, laman rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat tinjauan dengan bertanyakan pendapat orang ramai jika hukuman penjara dikenakan terhadap golongan tersebut.

APA KATA ANDA?

Individu yang didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) lebih daripada sekali, wajib dikenakan hukuman kompaun atau penjara atau kedua-duanya sekali dengan lebih berat.

Setuju atau tidak setuju?

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Berikut adalah reaksi netizen.

Setuju, penjara lebih digeruni

Setuju asalkan tidak double standard; kompaun ikut tangga pendapatan

Undang-undang ketat macam mana pun tapi kalau double standard buat masyarakat marah

Sumber: PDRM, Bernama

Amira

Love yourself.