Siakap Keli

(Video) Boleh Masuk Ke Akaun, Rupanya Boleh Tukar Syiling Di Mesin Deposit Maybank Dengan Cara Mudah Ni

Suka kumpul syiling? Ada syiling yang banyak? Nak tukar tapi tak tahu kat mana? Kalau nak ke kedai atau kaunter, leceh pula menunggu pekerja untuk mengira satu-persatu syiling anda.

Bagi yang belum tahu, sebenarnya terdapat cara yang mudah untuk menukar syiling di mesin deposit syiling yang terdapat di bank-bank seluruh negra seperti Maybank. Tapi, pastikan anda menyemak terlebih dahulu laman web rasmi Maybank bagi mengetahui lokasi bank yang menyediakan coin deposit machine ini.

Seterusnya, pastikan anda mempunyai akaun Maybank kerana wang akan didepositkan secara terus ke akaun anda setelah melakukan penukaran syiling. Duit syiling yang diterima semasa pengiraan adalah duit syiling Malaysia sahaja.

Masukkan syiling ke dalam mesin dan tunggu pengiraan syiling. Kemudiannya, mesin akan mengeluarkan satu slip menyatakan jumlah yang diterima dan anda perlu membawa ke pegawai bank yang bertugas untuk mereka masukkan nilai tukaran tadi terus ke akaun bank anda.

Selesai dan anda boleh menyemak baki akaun berdasarkan resit daripada pegawai berkenaan. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, ikuti perkongsian video di TikTok ini. Selamat mencuba!

@vicky.littlewolf

#MakeItBiggerMY #AwesomeDollaRaya #maybanktiktok #maybank #coinsdeposit Jangan lupa pass slip kepada officer kalau tak duit tak masuk tau😆

♬ Send Me on My Way – Guy Meets Girl

Sumber: Google, TikTok

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.