Siakap Keli
Kredit: Airpwife

(Video)”Starter Pack Untuk Baru Kahwin,” Lelaki Ini Beli Sofa Murah Tak Sampai RM500 Sekali Pos, Sesuai Untuk Rumah Kecil

Pasangan-pasangan yang baru kahwin atau pun sesiapa yang tengah mencari sofa namun tiada bajet yang tinggi. Nak pergi kedai perabot pun sekarang ni susah nak keluar mana-mana.

Kalau korang takde idea atau pun tak tahu nak cari sofa yang bajet rendah tapi condition yang puas hati, korang boleh try tengok langkah ‘brader’ dalam video TikTok ni.

Dalam video tersebut, brader ni telah membeli sofa tu dalam aplikasi Shopee. Harga sofa 3 seater + 1 stool yang dipilihnya itu cuma RM 459 sahaja termasuk dengan kos penghantaran sekali.

Barang yang dia order dari Kuala Lumpur tu pula ambil masa selama 3 hari je untuk sampai Johor Bahru.

Menurut pemuda itu, sofa yang dia tempahnya itu berukuran 6 kaki panjang dan lebar 2.5 kaki. Jadi, sebenarnya dia taklah besar dan taklah kecik juga.

Dalam video tu, brader tu juga menyatakan bahawa finishing yang terdapat pada sofa yang harga jimat ni just nice.

“Fabrik dia kemas dan cantik. span nipis sikit dan colour pun ok lah. Jahitan kemas.”

Tambahnya lagi, sofa ni boleh add on pillow seater juga kalau korang berminat.

@aripwife

starterpack utk baru kahwin save bajet sofa #homedeco #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #powerawesome #decoration #shopeecheck #housewife

♬ Hari Raya – Najwa Latif & IamNeeta & Mimie Haris & Deanna Hussin

Memang sesuai la sofa ni untuk yang baru nak masuk rumah dan bajet tidak tinggi. Kalau korang nak beli, boleh dapatkan di SINI.

Sumber: @aripwife

Aqmal Ezany

I write what is right