Gajah merupakan sejenis haiwan yang mempunyai empati paling tinggi berbanding semua spesies di dunia.
Menurut World Animal Protection, saintis mendapati haiwan ini baik induk mahupun bukan akan mempertahankan anak-anak gajah daripada situasi berbahaya seperti menghalau pemangsa ataupun menghentikan perlawanan yang agresif.
Hal ini terbukti apabila kumpulan gajah liar di Tamil Nadu telah menghancurkan ladang pisang tempatan, namun membiarkan sebatang pokok tanpa kerosakan dipercayai kerana ia menampung sarang burung di atasnya.
Lapor India Times, kejadian itu berlaku di Sathyamangala di mana lima ekor gajah liar dipercayai daripada hutan Vilamundi masuk ke dalam pekan tersebut.
Kumpulan itu kemudiannya memasuki sebuah ladang dimiliki seorang lelaki dan merosakkan lebih 300 batang pokok.
Rakaman kejadian telah dikongsikan di Twitter oleh petugas Perkhidmatan Hutan India (IFS), Susanta Nanda pada Jumaat.
Berdasarkan klip itu, penduduk kampung memeriksa kerosakan yang berlaku di mana kelihatan sarang burung tidak terusik di atas salah satu pokok pisang itu.
“Inilah sebabnya kenapa gajah digelar gergasi yang lemah lembut. Musnahkan semua pokok pisang, kecuali satu yang ada sarang. Ciptaan tuhan yang mengagumkan,” katanya.
This is the reason as to why elephants are called gentle giants. Destroyed all the banana trees , except the one having nests.
Gods amazing Nature🙏(Shared by @Gowrishankar005) pic.twitter.com/iK2MkOuvaM
— Susanta Nanda IFS (@susantananda3) May 7, 2021
BACA: Nak Bekalan Runcit Percuma Selama 6 Bulan? Ini Caranya
Rakaman itu telah menarik perhatian orang ramai yang kagum dengan gajah tersebut.
Sumber: India Times, World Animal Protection
BACA: Produk Elektrik Berkualiti ‘Harga Kayangan’? Jangan Risau, Guna ‘Trik’ Ini. (5120)