Siakap Keli

TERKINI COVID-19: 3,937 Kes Baharu Direkodkan Hari Ini, Dukacita 22 Kes Kematian Turut Dilaporkan

Sebanyak 3,937 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan hari ini dengan 5 kes import 3,968 kes tempatan. Ini menjadikan jumlah kes COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak  448,457 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media hari ini, kes sembuh pula adalah sebanyak 2,848 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 408,236 kes.

Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 1, 328 kes, diikuti oleh Sarawak dengan 512 kes dan Kuala Lumpur dengan 483 kes.

Dukacita dimaklumkan, kes kematian pula bertambah kepada 22 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 1,722 kes.

Menerusi sidang media itu juga, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 56 varian COVID-19 yang dicatatkan di Malaysia setakat ini.

Sumber: RTM

Sofea

There's always another side to every story