Siakap Keli

Arab Saudi Longgarkan Peraturan Buat Pelancong, Tiada Lagi Arahan Kuarantin Buat Penerima Dos Penuh Vaksin COVID-19

LONDON- Pada 16 Mei, Arab Saudi mengumumkan bahawa pelawat asing yang tiba melalui udara (kapal terbang) dari luar negara tidak perlu dikuarantin jika telah divaksin.

Namun begitu, pengunjung dari 20 negara lain seperti Amerika Syarikat, India dan Jerman tetap dilarang memasuki Mekkah. Ianya bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Oleh itu, pihak berkuasa penerbangan awam mengatakan pelawat (bukan orang Arab Saudi) yang tiba di negara itu pada 20 Mei merupakan negara-negara yang dibenarkan.

Pelawat tiba dengan kapal terbang dan telah divaksin sepenuhnya atau telah pulih dari Covid-19, tidak perlu lagi dikuarantin di hotel. Namun, mereka perlu menunjukkan sijil vaksinasi rasmi semasa ketibaan mereka.

Selain itu, pengunjung yang berusia diatas lapan tahun yang tidak divaksinasi wajib dikuarantin semasa tiba di Arab Saudi selama tujuh hari dengan perbelanjaan tanggunggan sendiri.

Mereka juga perlu sertakan ujian Reaksi Berantai Polimerase (PCR) yang diambil tidak lebih dari 72 jam sebelum penerbangan negatif pada hari keenam, kata pihak berkuasa Penerbangan Awam.

Seterusnya, pengunjung juga dikehendaki menunjukkan polisi insurans kesihatan yang sah bagi membendung penularan Covid-19.

Sumber: Channel News Asia

Atiqah Aliah