Siakap Keli
Gambar: Google

(Video) Setelah 19 Tahun, Ini Wajah Terkini Watak-Watak Dalam ‘Harry Potter’

Jika anda lahir pada era 90-an, pasti kenal filem Harry Potter yang mengisahkan tentang ahli silap mata, Harry Potter bersama rakan-rakannya di Hogwarts.

Filem yang bersandarkan novel pengarang British, J.K. Rowling ini telah berjaya mengumpul berbilion keuntungan hasil tayangan di seluruh dunia.

Menurut Insider, filem Harry Potter sudah 19 tahun usianya yang merangkumi dari tahun 2001 sehingga 2011.

Malah, ia juga telah menjadi platform yang mempopularkan nama-nama para pelakonnya yang kini telahpun dewasa.

1. Harry Potter

Memulakan karya seawal usia enam tahun dalam pementasan teater di sekolah, Danial Radcliffe telah diambil sebagai watak utama filem Harry Potter pada 2001.

Dia terus memegang sebagai watak utama pada siri-siri seterusnya sehingga tahun 2011. Menurut Insider, karya terbaru aktir ini adalah filem Netflix, Unbreakable Kimmy Schmidt: Kimmy vs. the Reverend (2020).

Gambar: AP

2. Hermione Granger

Dikenali sebagai watak yang bijak, Hermione merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam setiap subjek dipelajarinya di Hogwarts.

Watak ini telah memberi peluang kepada Emma Watson untuk bersinar dalam industri seni dan menjadi antara aktres terkenal di samping menjadi model serta aktivitis hak wanita.

Gambar: Google

3. Ron Weasley

Sebagai sahabat baik Harry dan Hermione, watak Ron Weasley boleh dilihat dalam hampir dalam setiap aksi di seluruh filem berkenaan.

Bagi anda yang tidak tahu, pemegang watak Ron, Rupert Grint ini telahpun mempunyai cahaya mata pertama bersama pasangannya pada Mei tahun lalu.

Gambar: Instagram

Bukan setakat itu sahaja, korang juga boleh tengok ramai lagi pelakon Harry Potter yang lain dengan wajah terkini dalam video di bawah.

Sumber: Insider, People, Teen Star

Amira

Love yourself.