Siakap Keli
Gambar: Fluffy Empire

‘Si Bulus’ Asyik Bising Sebab Makanan Dalam Bekas Tak Penuh? Ini 3 Tips Yang Anda Boleh Cuba

Sesiapa yang membela kucing kat rumah, tahulah macam mana perangai budak-budak bulu ni. Kadang-kadang kalau time dia lapar, bukan main merengek lagi mengiau mintak makanan. Tapi bila dah kenyang, amboi sombong tak sudah.

Perasan tak, kadang-kadang kita dah letak dah makanan kucing kat dalam bekas tu. Baru je isi setengah jam tadi, waktu tu dia pun baru makan secuit. Jadi bakinya yang dalam bekas masih banyak.

Tapi si bulus ni mulalah bising, mengiau sana-sini mintak makanan baru. Macamlah kita tak bagi dia makan langsung. Padahal dalam bekas banyak je makanan lagi. Nak kata budak bulu ni buta, elok je dia cari kita.

Jangan risau. Sebenarnya ada tips menarik yang dikongsikan oleh tuan empunya kucing ‘selebriti’, Fluffy yang namakan dirinya ‘Papa’. Papa Fluffy baru-baru ini berkongsi macam mana cara nak ‘trick’ makanan dalam bekas tu supaya nampak penuh & si bulus tak bising lagi.

Dalam hantaran ni, Papa Fluffy istilahkan kita; tuan kucing sebagai ‘bibik’ dan kucing pula sebagai ‘tuan rumah’. Mana yang bela kucing tu dia fahamlah kenapa. Jom ikuti perkongsian kat bawah ni.

Gambar: Fluffy Empire

Harini kita belajar mindset ‘tuan rumah’ kita. Selaku seorang ‘penyewa rumah’ / ‘bibik’, kita perlu faham apa tuan besar kita nak.

Untuk tuan besar, bila dia nampak ada rongga-rongga dalam bekas makanan, dia akan mula memanggil bibik untuk isi makanan.

Selagi tak isi, selagi tu dia akan berbunyi seolah-olah seminggu tak makan.

Akan menjerit kalau boleh nak bagitahu jiran, “Jirannnn. Bibik saya ni pemalass dera saya tak bagi saya makanan.”

Apa tips dia supaya kalau bibik nak jimat?

  1. Ignore je jeritan tipu-tipu dia tu. Lama-lama dia lapar, dia akan makan. Atau;
  2. Ambik sikit sejemput, tambah dekat yang rompong tu, atau;
  3. Ratakan je balik makanan dalam bekas tu.

Sedikit sebanyak tips untuk memahami tuan besar.

Gambar: Fluffy Empire

Sumber: Fluffy Empire

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'