Siakap Keli

(Video) Mungkin Ada Belum Tahu, Ini Cara Mudah Nak ‘Schedule’ Mesej WhatsApp Kepada Penerima

Aplikasi Whatsapp sememangnya sudah menjadi antara aplikasi yang banyak digunakan untuk berhubung satu sama lain. Selain berkomunikasi, Whatsapp juga digunakan untuk menyampaikan pesanan termasuklah memberi ucapan.

Antaranya ialah ucapan selamat pagi ataupun ucapan hari jadi. Namun begitu, ada juga yang tidak sempat mencuri masa untuk berbuat demikian dan perkara tersebut boleh membuatkan seseorang tersinggung.

Jadi jangan risau kerana anda boleh tetapkan waktu dan mesej yang ingin dihantar terlebih dahulu. Jadi, tak perlulah risau terlepas waktu-waktu penting untuk beri apa-apa ucapan kepada orang tersayang.

Cara ‘schedule’ mesej Whatsapp:

  1. Muat turun SKEDit dan buka
  2. Klik pada ‘Whatsapp’
  3. Masukkan penerima
  4. Tulis mesej yang ingin dihantar
  5. Tetapkan tarikh dan masa
  6. Simpan(Save)

Untuk lebih mudah, anda boleh menonton video di bawah untuk panduan yang lebih terperinci.

Sumber: AsoftClick

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa