Siakap Keli

(Video) Aksi Tangkas Anjing Dirakam ‘Berlari’ Atas Air, Bikin Ramai Kebingungan

Bila mempunyai haiwan peliharaan, setiap orang sebenarnya perlu bersedia untuk menghadapi perkara-perkara yang tidak terjangka. Manakan tidak, pasti akan ada saja karenah haiwan terutama kucing dan anjing yang membuatkan pemiliknya ‘pening’.

Pun begitu, video yang tular di media sosial ini memaparkan situasi yang luar biasa di mana seekor anjing dilihat berlari di atas air sebuah kolam.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok itu, orang ramai dilihat sedang berkumpul di sebelah kolam dengan beberapa ekor anjing yang sedang asyik berkejaran di antara satu sama lain. Dengan tidak semena-menanya, seekor anjing berwarna hitam putih dilihat menuju ke arah kolam dan dengan yakinnya berlari di atas air.

@nk.bkk

omgg…is it possible?😱#fyp #dog

♬ original sound – Deeen.channel – Naoya

Suasana di situ menjadi riuh-rendah buat seketika dengan ada yang kebingungan, bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru saja disaksikan oleh mereka. Pun begitu, tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 6.1 juta tontonan di TikTok dan menjadi perbualan dalam kalangan warganet yang tertanya-tanya mengenai situasi tersebut. Malah, ada yang berseloroh bahawa anjing itu mempunyai super power.

Walau bagaimanapun, jika dilihat dengan teliti, permukaan kolam tersebut sebenarnya mempunyai jaring yang dilekatkan di setiap penjuru. Jadi, tidak hairanlah anjing itu boleh berlari di atasnya dengan jayanya.

Sumber: Naoya

Sofea

There's always another side to every story