Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Buat Hal, Rakaman Anjing Ni Curi Sebungkus Sosej 5kg Sambil Tergesa-gesa Bikin Ramai Berdekah

Kejadian lucu terjadi saat seekor anjing bernama Moises ‘mencuri’ 5kg sosej dari sebuah kedai daging di Sao Paulo, Brazil, lapor Daily Mail.

Kejadian tersebut dirakam pada 17 April lalu oleh pemilik anjing itu. Rakaman tersebut menunjukkan si anjing yang berjalan sepanjang di jalan raya dengan harta curinya sambil tuannya bercakap dalam bahasa Portugis.

Ketika berjalan membawa sosej tersebut, anjing yang berada di sekitarnya mula menyalak.

Menurut sumber, pemiliknya menyatakan dia pergi ke kedai daging tersebut dan membayar ganti rugi. Ketika di sana, tukang daging yang baik hati itu memberikan makanan kepada Moises.

Tambah pemilik anjing itu,”Moises dah dapat seorang teman, yang sekarang memberinya sepotong tulang setiap kali ia pergi ke kedai daging.”

Rentetan kejadian itu, tuan anjing tersebut menyiarkan rakaman video itu di internet dan membuatkan netizen yang menonton berasa terhibur melihat telatah Moises.

Seorang penonton rakaman itu memberi komen, “Moises terburu-buru, ia tidak mahu anjing-anjing lain mengundang diri sendiri ke barbeku.”

Yang lain berkata, “Ini lucu! Jelaslah anjing itu sangat menginginkan sosej untuk makan malam.”

Sumber: Daily Mail

Nurul Nabila