Siakap Keli

(Video) “Ibu Tak Faham…”, Mulanya Ingat Beli ‘Casing’ Je, Ibu Menangis Terharu Dapat Kejutan ‘Handphone’ Dari Anak-anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selagi masih ada ibu bapa di sisi, hargailah dan layani mereka dengan penuh kasih sayang kerana tidak semua orang berpeluang merasainya. Ditambah lagi, dalam keadaan pandemik sekarang ini yang membataskan anak-anak untuk pulang menjenguk ibu bapa.

Bagi yang tinggal bersama ibu bapa pula, ia merupakan peluang terbaik untuk berjasa dan mencurahkan sepenuh bakti dan kasih sayang kepada mereka. Bukan wang ringgit yang dipinta, tetapi ibu bapa pastinya mengharapkan agar anak-anak ada bersama mereka sehingga ke akhir hayat. Percayalah, sekecil-kecil penghargaan yang diberikan kepada mereka sangat bermakna dan akan diingati sampai bila-bila.

Menerusi kiriman video oleh @Cabwina di Tiktok, dia berkongsi detik-detik ketika memberikan kejutan kepada ibunya dengan membelikan telefon pintar yang baharu. Pada awalnya, dia memaklumkan kepada ibunya bahawa dia hanya membeli casing telefon tetapi ia tidak sesuai dengan telefon ibunya yang lama.

Tetapi, ibunya kelihatan terkejut apabila mengetahui bahawa ia sebenarnya casing untuk telefon yang baharu. Melalui video itu, Cabwina mengatakan bahawa telefon itu dibeli olehnya dan adik-beradiknya yang lain.

Adik beli phone untuk mama ke?

@cabwina

told her that i bought her a new phone case but i bought her a new phone instead. watch till the end to see her precious reaction 🥺❤️

♬ original sound – Cabwina – Cabwina

Mungkin terharu dengan kejutan itu, ibunya yang tidak menyangka akan mendapat telefon baharu dilihat menangis dan mengucapkan terima kasih kepada anak-anak. Detik itu membuatkan ramai warganet yang turut merasakan sebak.

Sumber: Cabwina

Sofea

There's always another side to every story