Siakap Keli

Main Lompat Tali Boleh Dapat Duit Guna Cara Ni, Sihat Dapat RM30,000 Pun Dapat

Lepas raya ni badan korang mesti makin naik kan. Mesti la, mulut tak henti kunyah lemang, rendang dengan kuih raya sebab kena ada kat rumah je. Tambah lagi PKP lepas tu, 24 jam la keluar masuk dapur. Ish, bahaya tau korang sebenarnya sebab tak elok untuk kesihatan.

Cakap ni pon dari pengalaman sendiri sebenarnya. Pintu peti ais tu agak-agak dah nak tercabut dahla selalu bukak tutup je. Kurus nak tapi makan pon tak berhenti jugak. Macam mana la cara nak buat ni kan. Tapi, SK baru tau yang ada satu program ni dapat buat kita kurus dan menang hadiah besar tau.

Nak Hidup Sihat Dan Menang Hadiah Sampai RM30,000

Mesti korang semua kata SK tipu kan, mana ada orang nak bagi RM30,000 senang-senang macam tu je. Haaa, ni la yang korang tak tau. Ada je tau sebenarnya. Program yang SK dapat tau tu adalah Lohas Taiwan Excellence yang dianjurkan oleh Taiwan Excellence, untuk galakkan rakyat Malaysia ni exercise.

Diorang anjurkan program ‘Elevate Your Body-Game’. Program ni adalah pertandingan lompat tali paling besar kat Malaysia. Apa lagi, kalau korang memang suka bersukan lagi-lagi lompat tali, boleh la join program ni cepat-cepat.

30 pemenang teratas boleh lagi merebut peluang untuk memenangi produk yang dianugerahkan oleh Taiwan Excellence.

Jom Join Dan Daftar Dari 19 Jun Hingga 22 Julai 2021

  • Daftar kat website rasmi Lohas Taiwan Excellence,
  • Rakam sebanyak mana lompat tali yang korang boleh buat dalam masa 1 minit.
  • Pos rakaman kat Facebook atau Instagram selewatnya pada pukul 11.59 malam, 10 Julai 2021.
  • Jangan lupa letak #TaiwanExcellenceMY, #EverydayExcellence, #ElevateYourBodyGame dan #JumpRopeMalaysia kat pos korang.

Daftar cepat, sebab ada 1993 hadiah untuk pendaftaran awal yang diorang akan bagi tau.

Cara Nak Menang

  • Korang akan dapat 1 markah untuk 1 lompat tali yang lengkap. Jadinya kalau korang ada 150 lompatan dalam video, korang akan dapat 150 markah.
  • Markah extra korang akan dapat kalau ada lompatan freestyle dalam video korang. Markah extra tu korang akan dapat sebanyak 5 markah okay. Banyak tu, so korang buat lah dengan kreatif.
  • Diorang juga akan kira markah undian kat website rasmi Lohas Taiwan Excellence. 1 markah korang akan dapat untuk setiap undian. Sistem undian kat website ni hanya akan start 11 Julai 2021 pukul 12 tengah hari sampai la 15 Julai 2021 pukul 11.59 malam.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Peraduan Jump Rope Terbesar di Malaysia dengan demo LIVE dari Persatuan Jump Rope Malaysia. Bukan itu sahaja, penyertaan korang akan menyumbang kepada acara amal!

Tingkatkan hidup dan kesihatan korang hari ini dengan LOHAS Taiwan Excellence. Jadilah sebahagian daripada Elevate Your Body Game – sertai pertandingan Big Rope Jump Rope di Malaysia dan terus berlari untuk memenangi hadiah menarik. Bukan itu sahaja, perusahaan tempatan juga dapat meningkatkan jaringan perniagaan korang melalui pengenalan kepada produk perubatan yang dianugerahkan Taiwan Excellence, termasuk, Karma Medical, Tan Bead, Wincomm, WIIM, NewEpi, HorusScope, Charder, iNAP Sleep Therapy System, Body Charger Fitness, APEX, O’Right dan CTM Mobility Products.

Mana-mana syarikat yang ingin memahami lebih lanjut, korang boleh mendaftar banyak di laman web Lohas Taiwan Excellence.

Cepatlah sertai kami untuk kehidupan dan kesihatan yang lebih baik.

Nor Fakhry