Siakap Keli

Gigih Kayuh Basikal 3KM Nak Hantar Pesanan Makanan RM80, Rider Foodpanda Terkedu Rupanya Kena ‘Prank Order’

Saban hari, pasti ada pelbagai cerita mengenai kes penipuan atau lebih mudah orang kita panggil sebagai ‘scam’. Ada yang ditipu melalui panggilan kononnya daripada pegawai ‘bank’, ada daripada mahkamah dan banyak lagi.

Tidak kurang juga, kes ‘scam’ ini hampir sama dengan ‘prank order’ yang selalu dihadapi penghantar makanan (rider). Begitulah yang dialami oleh seorang rider Foodpanda ini apabila dia menerima ‘prank order’ daripada pelanggan.

Lebih menyedihkan, rider ini bukanlah manusia ‘normal’ macam kita tapi insan ‘istimewa’. Sudahlah penat mengayuh basikal di bawah panas terik, sekali dapat tahu dia ditipu rupanya.

Mari ikuti kisah benar yang dikongsikan di laman Facebook Stesen Minyak SHELL Jalan Sulaman di bawah ini.

Kisah rider Foodpanda kena scam

Gambar: Shell Jalan Sulaman

Kesian adik rider Foodpanda tadi mengayuh basikal lebih kurang 3 km untuk menghantar makanan bernilai RM80 yang dipesan kononnya pelanggan tu menunggu di Shell Sulaman rupanya kena scam.

Adik ni istimewa sikit, tidak boleh bertutur seperti orang biasa. Nasib baik ada kawan dia bantu. Dia mencari-cari nama pelanggan Mira. Tapi kami bagitau mana ada Mira sini.

Kami tanya pula sudah call pelanggan tu? Kawan adik tu cakap sudah dan bila ditanya melalui WhatsApp, pelanggan tu cakap dia bingung dan tidak tahu siapa guna HP dia, cuma rider tu hairan dan marahlah kenapa dia called tadi pelanggan tu tidak cakap awal-awal yang dia tersalah order malah disuruh hantar ke Shell?

Gambar: FB Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman
Gambar: FB Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman

Setelah tahu pelanggan scammer tu lepas tangan saja, kami bantulah membeli makanan tu cuma kami berharaplah pada scammer tu supaya tidak mengulangi lagi perbuatan sedemikian.

Imagine kalau tidak ada yang mahu bayarkan, adik ni terpaksa tanggung melainkan Foodpanda boleh bagi ganti rugi.

Time-time lockdown ni ramai yang tengah susah dan berhempas-pulas untuk mencari rezeki. Adik ni motosikal pun tidak ada hanya menghantar makanan memakai basikal saja. Jadi janganlah membebankan lagi orang yang tengah susah.

Kami mendoakan agar adik rider dan kawannya supaya tidak patah semangat dan teruskan berjuang demi keluarga dan orang yang tersayang!

Gambar: FB Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman
Gambar: FB Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman

Sumber: FB Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'