Siakap Keli

TikToker Buat Cabaran Bau Bunga Kuning, Tak Sedar ‘Teracun’ Dirinya Sendiri

TORONTO- Seorang pengguna TikTok tidak sengaja “meracun dirinya sendiri”.

Raffaella Weyman, seorang penulis dan penyanyi lagu, dia bertindak mengambil sekuntum bunga berwarna kuning dan menciumnya.

Dia berkongsikan klip tersebut di akaun Instagramnya (songsbyralph).

Namun, ianya bukanlah sesuatu tindakan yang bijak apabila dia dan rakannya mendapat “mimpi buruk” dan mengalami masalah dengan tidur.

“Kami berasa pelik dan pulang. Kami mengalami masalah dengan tidur (sleep paralysis) dan mimpi buruk,” katanya.

Menurut Times Now News, bunga yang diciumnya (Angel’s Trumpet) adalah spesis berbahaya.

Bunga kuning yang cerah memang kelihatan cantik tetapi aromanya yang menyengat membuatkan anda ketagih.

Penyanyi itu berkata bahawa bunga itu “sangat beracun” dan mampu membuatkan anda berasa berhalusinasi.

Dia turut menasihati pengikutnya agar berhati-hati dengan bunga tersebut.

Sumber: Times Now News

Atiqah Aliah