Siakap Keli

(Video) Detik-Detik Cemas Dipercayai Saat Pemberontak Gempur Rumah & Bunuh Presiden Haiti Dirakam CCTV

Hari ini dunia digemparkan dengan tragedi pembunuhan Presiden Haiti, Jovenel Moise yang ditembak mati di kediaman peribadinya.

Apa yang mengejutkan, rumahnya yang terletak di Port-au-Prince itu berjaya digempur oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak pasti datang dari mana.

Dalam insiden kira-kira pukul 1 pagi itu, Jovenel telah ditembak manakala isterinya tercedera dan dikejarkan ke hospital. Sekelip mata, Haiti telah kehilangan presidennya.

BACA: Kematian Presiden Haiti: Polis Sahkan Jovenel Ditembak 12 Kali & Sebelah Matanya Dicungkil Keluar

Portal The Insider Paper berkongsi beberapa klip video daripada kamera litar tertutup (CCTV), dipercayai memaparkan bagaimana pembunuhan itu bermula. Ikuti video ini.

Dalam rakaman ini, kelihatan beberapa kenderaan dan sekumpulan lelaki melangkah masuk ke kawasan rumahnya dengan lengkap bersenjata.

Berikutan pembunuhan ini, Haiti kini diisytiharkan darurat dan pihak berkuasa telah mengambil alih tampuk pentadbiran sementara bagi menjamin kelangsungan negara.

Jika merujuk rakaman video di bawah ini pula, kumpulan bersenjata tersebut sepertinya telah melakukan ‘perancangan’ rapi sambil memantau kawasan tersebut.

Bagaikan ahli profesional, mereka berjaya menyusup masuk ke dalam rumah untuk membunuh presiden dengan cara cukup licik.

Difahamkan, Jovenel dianggap sebagai presiden kuku besi. Selain digelar diktator oleh rakyatnya sendiri, dia juga didakwa turut menghadapi pertuduhan rasuah.

Terdahulu, protes tunjuk perasaan besar-besaran oleh rakyat Haiti telah dijalankan pada Februari lalu di mana melibatkan cubaan bunuh ke atasnya.

Sumber: Insider Paper

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'