Siakap Keli
Kota Dubai

Dubai, Bandar Emas Yang Memiliki Panaroma Berbeza Dari Negara Lain

Dubai mempunyai banyak kelebihan dan keanehan seperti membela harimau sebagai haiwan peliharaan dan menjadikan iPhone emas sebagai hadiah.

Dubai menjadi syurga buat mereka yang suka berbelanja kerana banyak barangan mewah dijual disana seperti kereta mewah.

  • Bangunan Tinggi

Bangunan tertinggi yang dibina di Dubai mempunyai 50 tingkat dan mempunyai pandangan unik. Pemandangan yang disediakan bukanlah pantai ataupun laut tetapi awan!

Bangunan sebegini sememangnya memberikan kelainan dan memberikan pelancong atau pemilik merasai sendiri melihat awan di depan mata.

  • Telefon Mewah

Penduduk di Dubai mampu membeli telefon bimbit Nokia dengan harga 6 digit. Telefon ini dihiasi dengan berlian dan emas tidak hairanlah harganya cukup mahal.

Namun, ianya tidak menghalang penggemarnya untuk membeli kerana kelainan dan telefon tersebut.

  • Persian Golf

Tempat ini amat dikenali dengan sukannya iaitu mendayung sambil berdiri. Namun, sukan ini memerlukan keberanian yang tinggi.

Pemandangan yang cantik menjadikan ianya salah satu sebab lain mengapa ramai yang suka mengunjunginya.

  • Kenderaan Bantuan Kecemasan

Kenderaan bantuan kecemasan yang disediakan bukan biasa-biasa ya.. pakai guna kereta Porshe yang dapat melalui jalan raya dengan pantas!.

Bukan itu sahaja, kereta-kereta jenama mewah seperti Hummer turut digunakan sebagai kenderaan bantuan kecemasan.

  • Tandas Awam

Tandas awam di Dubai berbeza dengan tandas awam yang biasa kita lihat. Bukan sahaja cantik dan bersih tetapi turut menyediakan jakuzi!

Seolah-olah anda berada bilik mandi hotel mewah yang eksklusif.

  • ATM Emas

Di bandar emas ini bukan sahaja menyediakan mesin ATM duit sahaja tetapi turut menyediakan mesin ATM emas!

Mesin ATM emas disana mengandungi pelbagai jenis emas termasuk duit syiling dan perhiasan. Mesin ini juga amat popular dalam kalangan penduduk disana hingga perlu diisi sebanyak dua kali seminggu!

  • Haiwan Eksotik Sebagai Haiwan Peliharaan

Cheetah dan harimau antara haiwan eksotik yang dijadikan haiwan peliharaan oleh sebilangan penduduk Dubai.

Haiwan-haiwan ini dikatakan simbolik kepada kekayaan dan kemewahan.

Ianya kerana jika anda ingin memelihara haiwan ini anda memerlukan wang yang banyak kerana haiwan sedemikian memakan makanan yang banyak.

Selebihnya boleh dilihat di ilumeably.com

Sumber: ilumeably.com

Atiqah Aliah