Siakap Keli

TikTok Perkenal TikTok Resume, Platform Baru Resume Dalam Bentuk Video Untuk Cari Kerja

TikTok kini memperkenalkan paltfrom baru yang membolehkan pengguna memuatnaik video resume untuk pelbagai pekerjaan yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Dibawah program “TikTok Resume” syarikat-syarikat seperti Chipotle Mexican Grill (CMG.N) akan menerima video resume bagi pembukaannya pada 7 Julai hingga 31 Julai.

Platform yang sering digunakan generasi Z ini membolehkan pengguna mencuba pelbagai pekerjaan dari peringkatan permulaan hingga yang telah berpengalaman.

Menurut Reuters, AS kini kekurangan pekerja disebabkan pandemik akibat penularan wabak COVID-19.

Oleh itu, platform yang pada mulanya hanyalah hiburan bertukar menjadi perkongsian ilmuan pekerjaan dan mendapat perhatian ramai dengan hashtag seperti #CareerTok.

Sumber: Reuters

Atiqah Aliah