Siakap Keli

(Video) YouTubers Hasilkan Lolipop Seberat 25 Kg Di India, Nak Makan Nampak Susah

INDIA- Satu video mendapat perhatian ramai apabila menunjukkan lolipop terbesar di dunia dengar berat 25 kg di YouTube.

Firoz Chuttipara bersama rakannya meunjukkan bagaimana pemprosesan lolipop terbesar itu di saluran makanan popular di Youtube (Village Food Channel).

Menurut India.com, pemprosesan lolipop itu bukanlah sekejap kerana memakan masa lebih setengah hari.

Klip video yang bedurasi lebih sembilan minit itu, mereka menggunakan hampir seguni gula dan mencampurkan pelbagai warna dalam periuk yang besar.

Selepas selesai, gula yang bercampur warna itu dimasukkan kedalam sebuah tembikar besar.

Selepas 12 jam, mereka memecahkan tembikar itu dan terhasillah lolipop pelbagai warna 25 kg.

Sejak video itu disiarkan pada 6 Julai lalu, video itu mendapat perhatian ramai hingga melebihi sejuta tontonan di YouTube.

Sumber: India.com

Atiqah Aliah