Siakap Keli
Gambar Via Azmeer Yusof

“Moga Rumah Ini Jadi Saksi Di Akhirat…”, Azmeer Yusof Jual Vellfire, Beli Rumah Untuk Dijadikan Tempat Mengaji & Belajar Ilmu Agama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi sesetengah orang, bersedekah dan membantu orang-orang yang tidak berkemampuan merupakan kebahagian yang sangat sukar untuk digambarkan. Tentunya, tiada balasan yang diinginkan selain daripada rahmat dan redha Allah SWT di akhirat kelak.

Mungkin itulah yang dirasai oleh bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof, yang tidak pernah lokek berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan.

Menerusi perkongsian terbarunya di Facebook, Azmeer telah membeli rumah keduanya yang dijadikan sebagai sebagai tempat mengaji dan untuk aktiviti keagamaan.

Dihubungi SK, Azmeer mengatakan bahawa dia telah menjual kereta Vellfire miliknya untuk membeli rumah yang terletak di Tongkang Yard, Alor Setar Kedah itu. Setelah lapan bulan rumah itu dibiarkan begitu saja, dia tergerak hati untuk menjadikannya sebagai Rumah Mengaji.

Gambar Via Azmeer Yusof
Gambar Via Azmeer Yusof

Menurutnya, sesiapa saja tidak kira lelaki dan perempuan boleh datang untuk belajar mengaji secara percuma. Tidak cuma itu, ceramah mingguan juga sering diadakan dengan menjemput ustaz-ustaz yang berkongsikan pelbagai ilmu agama.

Tambahnya lagi, pusat pengajian sebenar juga sedang dalam pembinaan.

“Siap nanti pengajian akan berpindah ke bangunan yang baru pula,” katanya

Gambar Via Azmeer Yusof
Gambar Via Azmeer Yusof

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Jadilah repair-repair apa yang patut

Alhamdulillah rezeki dapat beli rumah ke 2. Jarak rumah ini hanya 100 meter dari Rumah Pertama saya.

Owner datang jumpa saya katanya nak jual 250k. Saya nego dan dapat beli dengan harga 200k. Keluasan tanah 9000sqft. Di atas tanah ini ada 2 buah rumah. Saya pecahkan rumah pertama ( rumah kayu ) dan jadikan tempat parking.

Gambar Via Azmeer Yusof

Rumah ini saya jadikan sebagai RUMAH MENGAJI. Sesiapa sahaja boleh datang tak kira lelaki perempuan, tak kira umur. Segalanya PERCUMA. Just datang bawa diri sahaja.

Ustaz, Ustazah, Iqra’ dan juga Al-quran saya sudah sediakan. So far pelajar yang hadir ada dekat 100 orang, Alhamdulillah.

Gambar Via Azmeer Yusof
Gambar Via Azmeer Yusof

Di rumah ini juga saya buat Ceramah Mingguan. Saya akan jemput Ustaz Jemputan untuk memberi Ceramah selama sejam atau sejam setengah. Atleast setiap minggu saya dan jemaah lain akan duduk di dalam Majlis ilmu.

Gambar Via Azmeer Yusof

Semoga rumah ke2 saya ini dapat memberi manfaat kepada semua yang datang belajar di Rumah Mengaji saya. Semoga rumah ini juga menjadi saksi kepada saya di Akhirat kelak.

Lokasi di Tongkang Yard Alor Setar Kedah.

Sumber: Azmeer Yusof

Sofea

There's always another side to every story