Siakap Keli
Gambar via Facebook

Bagaikan Dongeng ‘Jack dan Pokok Kacang Ajaib’, Pokok Kaktus Ini Tumbuh Tinggi Sampai Tingkat 3

Masa kecik-kecik dulu, mesti ramai yang pernah dengar cerita kanak-kanak ‘Jack dan Pokok Kacang Ajaib’. Dongeng ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Jack menanam benih kacang yang akhirnya tumbuh sangat tinggi sampai mencecah awan.

Lebih kurang sama dengan cerita dongeng ni, sebuah pokok kaktus di Singapura mendapat sorotan apabila tumbuh setinggi tiga tingkat. Walaupun tak setinggi pokok kacang Jack, tapi jarang atau tak pernah langsung kita dengar pokok kaktus tumbuh setinggi tu.

Gambar: Facebook Chor Koon

Pokok kaktus tersebut merupakan milik seorang penghuni tingkat satu sebuah flat di Circuit Road, Singapura. Warga net rata-rata khuatir jika pokok kaktus tersebut tidak stabil dan boleh jatuh menghempap orang yang lalu-lalang.

Pun begitu, pemilik pokok kaktus ni dah sedia ikat pokok tersebut pada tiang, hingga ke tingkat tiga.

Menurut laporan  Lianhe Wanbao pada tahun 2017, pemilik kaktus tersebut, Di Minyu, berkata, awalnya ia hanya setinggi lutut. Minyu mengaku dia merupakan orang ketiga yang menjaganya selepas pemilik sebelum ini kekurangan ruang untuk pertumbuhan kaktus itu.

Gambar: Facebook Lianhe Wanbao

Tak dapat dapat dipastikan samada Minyu masih memiliki pokok kaktus tersebut, namun ia masih lagi berdiri di tempat yang sama sehingga hari ini.

Sumber: Mothership.sg

Eyla Azri