Siakap Keli

(Video) Cermin Mata Hitam Pelancong Terjatuh, Orang Utan ‘Selamber’ Kutip & Pakai, Sempat Bergaya 15 Minit

Seekor Orang Utan berubah menjadi ikon fesyen apabila seseorang telah menjatuhkan cermin mata hitamnya ke dalam kandang haiwan tersebut. Kejadian itu berlaku ketika individu itu mengunjungi Taman Safari Cisaura di Jawa Barat, Indonesia.

Dalam video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, orang utan itu dilihat mengutip cermin mata dan meletakkannya di mulut. Timbul kebimbangan sekiranya haiwan itu akan memakannya.

Gambar: Fox 32 Chicago

Namun lain pula yang terjadi apabila haiwan itu dilihat menggayakan kaca mata hitam itu dan membuatkan ramai pengunjung teruja serta mengambil gambar haiwan yang penuh segak itu.

Tak terhenti setakat itu, haiwan betina tersebut juga dilihat berjalan sekitar kandang bersama anaknya, dan masih memakai cermin mata hitam itu dengan penuh gaya. Lebih menarik, orang utan itu dikatakan memakai cermin mata hitam itu selama kira-kira 15 minit sebelum penjaga zoo memintanya dan menukarkan dengan hadiah lain.

Tapi malangnya, cermin mata tersebut telah pun pecah.

@micheleanns

When you drop your sunglasses into an orangutan’s enclosure…finders keepers…but you do end up with a cool looking #orangutan

♬ Nothing Like This – ALLISTER X

Sumber: Fox 32 Chicago

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa