Siakap Keli

Sekali Cuba Mesti ‘Ketagih’, Ini Cara Hasilkan Jeruk Mandai Guna Kulit Cempedak, Snek Tradisi Orang Banjar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Harga sebiji buah cempedak sangat berbeza dengan dahulu dan sekarang. Alang-alang harga mahal tu, apa kata kita guna sebaik mungkin isi dan kulitnya. Mesti korang rasa pelik kan, kenapa kulit buah cempedak pun nak simpan?

Sebenarnya, kulit buah ini boleh dijadikan jeruk atau lebih dikenali sebagai mandai. Ia merupakan sajian tradisi masyarakat Banjar. Tidak dinafikan, menu ini sangat mudah untuk disediakan dan bahan-bahan penyediaan juga tidak susah.

Nak cuba? Jom lihat resipi di bawah yang dikongsikan oleh pemilik Facebook, Dya Romantika ini. Katanya, rasa mandai ini boleh buat orang yang makannya ‘ketagih’. Betul ke?

Rasa mandai ni ketagih..

Makanan orang banjar, kulaan masukkkkkk. Orang dulu style tak suka membazirkan? Itu dorang olah jadi jeruk.

Ini bahan-bahan dan cara yang perlu korang ikut untuk buat mandai ini.

1. Mula-mula bersihkan kulit cempedak.

2. Potong kiub ikutlah nak besar mana tapi sedang elok la potong tu bagi kuat botol & garam diserap.

3. Basuh bersih.

4. Lumur garam, anggaran 3 sudu atau lebih bergantung banyak mana air nanti.

5. Ramas bagi sebati.

6. Masuk botol & masukkan air suam. Siap!

Lepas 3 hari boleh keluar kan beberapa ketul, hiris nipis. Hiris sekali bawang, cili padi.

Ada orang suka goreng mandai dulu nak bagi separuh masak or betul-betul garing, lepas tu baru campak bawang dan cili padi hiris tadi. Alaa sama method macam goreng pekasam.

Rasanya lemak, masin sikit, manis bawang sikit. Aduhhhhh wangi rumah nanti!

Tapi korang kena cuba buat nasi goreng mandai, perghh sedap!

Video tutorial disediakan sekali, selamat mencuba gaissss.

Klik Sini Untuk Video

 

Sumber: Dya Romantika

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang