Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Isteri pelawak terkenal, Shuib Sepahtu, iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin baru saja meninggalkan kita semua beberapa hari yang lalu.
Berita pemergian penyanyi berusia 36 tahun yang mengejutkan itu sangat ditangisi ramai, lebih-lebih lagi bagi pihak Shuib, anak-anak dan keluarganya.
Bagaimanapun belum reda kedukaan mereka, seorang ahli keluarga Siti Sarah, iaitu abang kandungnya pula dikhabarkan dijangkiti Covid-19.
Menerusi hantaran terkini di laman Instagramnya, Shuib berkata, abang iparnya itu kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).
“Assalamualaikum semua, Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan abang ipar saya, (iaitu) abang kepada arwah dimasukkan ke ICU.
“Saya mohon mendoakan Ahmad Firdaus bin Raisuddin semoga diberi kesembuhan segera. Amin Ya Rab,” katanya di Instagram awal pagi tadi.
Perkongsian terkini itu meraih lebih 230,000 tanda ‘Likes’ setakat artikel ini ditulis, selain turut menerima ratusan komentar daripada rakan-rakan artis dan netizen.

Marilah sama-sama kita doakan agar kesihatan abang iparnya, Ahmad Firdaus kembali pulih. Semoga dia dalam jagaan-Nya, amiin.
Sumber: Instagram Shuib