Siakap Keli
Gambar Hiasan via Chiangrai Times

Boleh Guna Dan Jual Secara Sah, Thailand Keluarkan Ketum Dari Senarai Dadah Haram

Thailand hari ini mengeluarkan ketum dari senarai dadah yang diharamkan di negara itu.

Ketum atau dikenali sebagai kratom oleh masyarakat Thailand merupakan sejenis daun tropika yang digunakan untuk tujuan perubatan. Ia turut digunapakai di seluruh dunia termasuk di Asia Tenggara dan Papua New Guinea.

Ketum atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa dikatakan berfungsi sebagai ubat tahan sakit, namun dikatakan merbahaya oleh kebanyakan pengamal perubatan di dunia.

Di bahagian selatan Thailand, masyarakat muslim di sana menggunakan ketum untuk mengurangkan sakit bersalin secara alami.

Menurut jurucakap kerajaan Thailand Anucha Burapachaisri, perubahan dalam undang-undang ini bermaksud, orang awam boleh mengguna dan menjual ketum secara sah di Thailand.

Pada tahun 2019, Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan ubat-ubatan berasaskan marijuana. Kerajaan Thailand turut melabur dalam industri pembuatan minyak kanabis untuk tujuan perubatan.

Sumber: AFP

Eyla Azri