Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Vaksin Yang Hebat Untuk Bayi, Ini Kepentingan Susu Ibu Buat Si Kecil

Susu ibu merupakan makanan semula jadi, khusus untuk seorang bayi yang baru lahir. Susu ibu terhasil daripada kelenjar mamari yang terletak di bahagian payudara. Pemberian susu ibu kepada bayi amat ditekankan.

Mengapa pemberian susu ibu ini begitu penting? Antaranya ialah kerana mempunyai kebaikan seperti zat pemakanan yang lengkap, mudah dihadam dan beberapa lagi kebaikan yang lain.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian daripada NutrionistKKM di laman Twitter.

Susu ibu merupakan vaksin yang hebat untuk bayi anda disamping dapat memberikan nutrisi optimum yang diperlukan oleh bayi selain ianya mudah untuk dicerna dan dihadam. Terdapat pelbagai manfaat susu ibu yg akan diperolehi apabila ibu-ibu menyusukan bayi dengan susu ibu.

Kredit: Twitter NutritionistKKM

Sumber: Twitter NutritionistKKM

Hanis Lyana