Siakap Keli
Gambar Via Daily Star

Remaja Maut, Muntah Hingga Tersedak Ketika Naik Buai Hayun Di Taman Tema

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut setelah tersedak muntahnya sendiri ketika menaiki permainan di taman tema.

Menurut Daily Star, keluarga remaja itu mendakwa bahawa mereka telah meminta operator untuk menghentikan permainan itu tetapi tidak diendahkan. Kejadian itu difahamkan berlaku di daerah Avcilar, Istanbul.

Remaja berusia 19 tahun itu dikatakan tidak sedarkan diri dan telah muntah ketika dalam perjalanan ke hospital. Muntah itu menyekat saluran pernafasannya dan menyebabkan dia meninggal dunia.

Gambar terakhir mangsa yang tular di media sosial menunjukkan remaja itu sedang menunggu dengan sabar untuk menaiki permainan itu.

Keluarganya mengatakan bahawa mereka dapat melihat gadis itu berada dalam keadaan tidak selesa dan berulang kali meminta operator untuk menghentikan permainan itu. Mereka juga kini mendakwa mangsa maut kerana kecuaian.

Ketika mangsa dibawa keluar dari permainan, pihak taman tema itu didakwa memberitahu mereka untuk ‘menamparnya dua atau tiga kali’ supaya mangsa sedarkan diri semula.

Bapa saudara kepada mangsa juga menegaskan bahawa anak saudaranya itu mati akibat kecuaian dan keluarganya akan melakukan apa sahaja untuk menuntut keadilan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mereka telah membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa atau tidak.

Sumber: Daily Star

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.